Integrasi dan perpaduan kunci hadapi cabaran dan Covid-19 – Agong

0
273

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum adalah kunci untuk negara menghadapi apa jua cabaran termasuk COVID-19.

Seri Paduka dalam kenyataan baginda hari ini turut menasihati seluruh rakyat agar terus menjaga kesihatan diri dan bersatu padu mewujudkan suasana persekitaran yang selamat demi untuk membendung penularan pandemik itu.

“Seri Paduka berpandangan bahawa sikap segelintir yang tidak bertanggungjawab dengan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan akan hanya membawa musibah kepada masyarakat dan turut berupaya menggugat pelan pemulihan negara yang telah dirangka.

“Oleh hal yang demikian, Seri Paduka menasihati rakyat menyedari bahawa usaha mengekang pandemik memerlukan kesepaduan dan kesatuan seluruh rakyat, pemimpin serta kerajaan dengan menolak perbezaan pendapat dan mengenepikan pertikaian politik agar wujud simbiosis erat antara semuanya dalam berjuang untuk membawa negara merdeka dari pandemik yang melanda,” kita baginda dalam kenyataan tersebut.

Kenyataan berkenaan turut menyatakan, Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan kesyukuran kerana pada usia kemerdekaan negara menginjak ke-64 tahun, perpaduan dan keharmonian rakyat terus menjadi asas kukuh dalam mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here