Hampir 217 juta kes Covid-19 positif dunia dicatatkan dengan 4.5 juta korban

0
276

Susunan ABU UBAIDILLAH RAHMAN

JOHNS Hopkins University (JHU) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dalam data terbaharunya memaklumkan, kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 217 juta.

Perkembangan itu berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Menerusi perkongsian data itu, JHU memberitahu, keadaan tersebut menunjukkan AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 38.9 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.7 juta kes manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina melebih 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.07 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.9 juta sementara Malaysia mencatatkan 1.72 juta kes dan Thailand dengan 1.1 juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 67,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.5 juta.

Berdasarkan data berkenaan, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 638,000 kes. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here