[VIDEO] Siapa kumpulan ahli politik tidak malu, lahap pada tahap menjijikkan?

0
384

TIDAK tahu malu, lahap pada tahap menjijikkan antara gambaran yang cuba diberikan seorang ahli akademik tentang sikap pembangkang dalam kemelut politik baru-baru ini.

Bukan lagi rahsia bagaimana pembangkang sebelum ini angkuh menolak tawaran politik dwipartisan pemerintahan dahulu, namun kini dengan muka tidak malu cuba meminta kembali tawaran itu.

Bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi ia juga diperlekeh dan dikeji, ujar Felow Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong merujuk tawaran kerjasama rentas parti oleh pemerintah sebelum ini.

Dalam tulisannya yang disiarkan Utusan Online, Kok Seong berkata, penolakan itu bukan kerana tawaran tidak bagus, tetapi mereka yakin boleh menang dan berkuasa tanpa perlu berkongsi politik damai dengan pihak lain.

Setelah kecundang, mereka ini khususnya ahli politik Cina mahu menjilat ludah sendiri dengan memohon politik dwipartisan itu dikembalikan oleh pemerintahan baharu, yang tidak pernah pun menawarkan pakej sebegitu.

“Sesungguhnya ini sikap orang yang tidak tahu malu, sanggup menerima kembali sesuatu yang pernah dicemuh,” tambah Kok Seong.

Inilah sikap sebenar mereka yang senantiasa hendak memperoleh keuntungan sepanjang masa. Jika boleh membolot keseluruhan keuntungan itu.

Kok Seong menambah, nasihat diraja agar wujud perdamaian politik pada masa genting tempoh hari tidak diendahkan, tetapi di saat merayu dikembalikan tawaran itu mereka tidak malu menggunakan alasan atas nasihat diraja.

Kerakusan pada ahli politik sebenarnya adalah cerminan mereka langsung tidak ada empati terhadap kebajikan rakyat yang sepatutnya menjadi tanggungjawab utama mereka.

“Ia juga memperlihat mereka tiada perasaan ikhlas terhadap rakyat,” ujar Kok Seong. Sehubungan itu, mereka tiada gagasan baik apatah lagi yang luhur untuk mensejahterakan rakyat dan memajukan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here