Pembangkang jangan jadi ‘budak nakal’ kritik PM

0
247

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menjadi ‘budak nakal’ yang terus mengganggu Perdana Menteri dalam atau luar Parlimen.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dibiarkan mengurus negara dengan tenang dan PH tidak perlu mencampuri urusan Perdana Menteri.

“Blok pembangkang khususnya PH tidak perlu jadi budak nakal di dalam Parlimen ataupun di luar Parlimen mengganggu dan menggugat tak tentu hala Perdana Menteri yang baru sahaja dilantik ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, PH juga tidak seharusnya ‘mencampak’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas gagal dalam persaingan untuk menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Katanya, khidmat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu masih diperlukan PH terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bekas Pengerusi PKR Johor itu berkata, desakan supaya Anwar meletak jawatan dan memilih orang lain untuk memimpin PH adalah tidak wajar.

“Ini semua ‘nonsense’. Cakap-cakap seperti itu datang dari ‘deep state’ iaitu musuh PH yang memang hendak menghancurkan PH dan Anwar.
Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri hari ini jika dia tunduk terhadap tututan kluster mahkamah daripada UMNO.

“Anwar tidak berkompromi. ‘Rule of law’ atau kedaulatan undang-undang mesti dipelihara, dijunjung dan dihormati. Mahkamah tidak boleh diganggu. Perjalanan proses keadilan tidak boleh dicemar. Itu sikap dan pendirian tegas Anwar,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here