UMNO ucap tahniah kepada Ismail Sabri

0
259

Oleh Abu Ubaidillah Rahman

UMNO mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Parti itu dalam satu kenyataan memberitahu, Presiden dan kepemimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta Ahli UMNO seluruh negara turut mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.

Selain itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam Twitter hari ini berharap Ismail Sabri akan menjadi Perdana Menteri yang berjaya.

Ahl Parlimen Pontian itu berkata, Ismail Sabri perlu memastikan perang terhadap Covid-19 dimenangi.

“Perdana Menteri juga perlu perbaiki ekonomi rakyat, menstabilkan politik, mengharmonikan masyarakat serta memulihkan negara keseluruhannya.

“Moga Allah sentiasa membantu beliau dan Kabinetnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here