Pegawai kanan istana tolak dakwaan Raja Petra

Dakwaan cuba sekat Ismail, paksa kerajaan perpaduan tidak benar

0
448

DAKWAAN yang dilontarkan oleh penulis blog politik, Raja Petra Kamarudin (RPK) bahawa ada cubaan pegawai tinggi Istana Negara cuba menyekat Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri daripada tidak benar dan tidak perlu dilayan.

Menegaskan perkara tersebut, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dakwaan RPK mengatakan dirinya terlibat dalam cubaan menghalang Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sekiranya tidak menubuhkan kerajaan perpaduan tidak akan beliau layani.

“Tolong jangan layan RPK, biarkan orang awam baca dan analisa sendiri,” katanya seperti yang dilaporkan MalaysiaNow, merujuk kepada penulis blog Malaysia Today berkenaan

Hal ini timbul susulan gesaan pembangkang supaya Yang di-Pertuan Agong mengabaikan sokongan majoriti dari ahli-ahli Parlimen kepada Ismail dan sebaliknya menubuhkan kerajaan perpaduan yang turut melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Semalam, Raja Petra dalam satu hantaran di laman Malaysia Today semalam mendakwa terdapat cubaan untuk menghalang Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sekiranya tidak bersetuju melantik Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama PH.

Raja Petra turut menyebut Fadil dan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Perak, Mohd. Annuar Zaini sebagai “penyokong kuat” Anwar yang didakwanya menyebabkan dokumen-dokumen sulit Istana Negara tersebar kepada media. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here