Banjir di lima kampung di Perak

102 mangsa dipindahkan

0
251

KIRA-KIRA 102 penduduk daripada 29 keluarga membabitkan lima kampung di sekitar Taiping, dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan hujan berterusan sehingga menyebabkan kediaman mereka dinaiki air sejak malam tadi.

Menurut satu kenyataan oleh Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, setakat 7.30 pagi ini, 87 mangsa dari Kampung Sg Rentaka, Matang; Kampung Changkat Baru dan Kampung Jebong Kiri ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Baraqah.

Menurut kenyataan itu juga, seramai 15 mangsa dari Kampung Sungai Nyior dan Kampung Sungai Tinggi pula ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Sg Baru.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Perak membabitkan Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.-SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here