[VIDEO] Gelombang kerjasama baru, utamakan rakyat – Dr Noor Nirwandy

0
604

TAWARAN persefahaman rentas parti yang dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, dilihat sebagai satu rangka pembaharuan bagi penyelesaian kemelut politik dalam negara.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kesediaan kerajaan mewujudkan rangka persefahaman rentas parti sebagai langkah matang bagi menstabilkan krisis politik semasa dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

“Apabila Covid-19 dilanda kita melihat dua perkara yang penting iaitu keselamatan ekonomi dan keselamatan kesihatan, tetapi perkara yang berkait adalah hubungan keselamatan politik, maka dengan satu tawaran ini, diharapkan ia berupaya untuk memberikan satu ruang agar negara kembali pulih dalam pandemik covid-19 dengan kerjasama dengan semua ahli parlimen dewan rakyat untuk bentuk dan cari satu solusi dan formula.

“Ia bukanlah satu perkara yang bersifat rasuah, kerana apa yang perlu masa kini adalah satu persepakatan, kerana kita lihat kemelut politik negara pada ini adalah kemelut politik yang berasaskan tidak persefahaman dan permasalahan di kalangan ahli-ahli politik khususnya ahli parlimen,” katanya.

Tambah Nirwandy, perkara demikian merupakan satu proses yang perlu dilakukan dalam pandemik Covid-19, sebelum negara menghadapi pilihan raya umum ke-15.

“Maka dengan tawaran rentas parti ini diharapkan ia berjaya  membina satu bentuk cadangan, persefahaman, yang mungkin boleh dilaksanakan dengan syarat semua pihak mementingkan kepentingan rakyat dan menganggap ini sebagai satu proses perlu dilakukan dalam pandemik Covid-19, sebelum negara menghadapi pilihan raya umum ke-15,” ujar beliau.

Natijahnya, ahli-ahli politik harus mementingkan rakyat dan melihat kepentingan rakyat itu sebagai perkara utama lebih-lebih lagi dalam waktu pandemik Covid-19.

Nirwandy juga berkata, ia memerlukan keterbukaan di kalangan ahli-ahli politik untuk bersama memastikan perkara ini dapat direalisasikan.

“Maka ia diharapkan dapat membentuk satu gelombang kerjasama yang baru, yang meletakkan politik sebagai secondary, dan isu utama ialah kepentingan rakyat.

“Ia memerlukan satu keterbukaan di kalangan ahli-ahli politik untuk bersama memastikan perkara ini dapat direalisasikan, dan ia bukan satu bentuk perkara yang melibatkan kepentingan politik peribadi, walaupun hakikatnya ia diperkatakan sebegitu, tetapi ia lebih kepada membentuk satu bentuk persafahaman dan satu bentuk elemen baharu dalam politik negara, khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19 hari ini.” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here