PH tidak setuju PRU diadakan

Pimpinan PH ajak penentang kerajaan berbincang

0
536
AHLI-ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan - (dari kiri) Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Anwar Ibrahim.

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan tidak bersetuju untuk sebarang pilihan raya umum (PRU) diadakan terutama ketika pandemik memuncak.

Selain daripada pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara, blok pembangkang turut memberikan alasan PRU tidak wajar dilaksanakan kerana penggal parlimen hanya akan berakhir pada 16 Julai 2023.

Kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut menyebut pada ketika Malaysia dilanda pandemik ini, negara amat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berkesan, dan dipimpin seorang Perdana Menteri yang mempunyai keabsahan serta sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen.

“Rakyat berharap para pemimpin politik akan dapat mencapai penyelesaian yang mampu merungkai masalah ini dan seterusnya membolehkan kepimpinan berwibawa tampil untuk membantu negara membendung penularan wabak COVID-19 dan memacu pemulihan ekonomi pasca-pandemik.

“Oleh itu, amatlah penting semua pihak dapat bersatu di bawah sebuah Kerajaan berjiwa rakyat yang mampu memperbetul segala kepincangan dan kegagalan Perikatan Nasional menjelang undi percaya terhadap Perdana Menteri nanti.,” Kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut nyatakan seruan kepada pihak-pihak yang tidak menyokong kerajaan Pakatan Nasional untuk bersama duduk di meja rundingan bagi membentuk sebuah kerajaan yang inklusif, adil dan progresif di mana setiap parti dilayani secara adil.

Mereka juga diseru agar menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri untuk membuktikan sokongan serta membentuk satu majoriti baharu di Parlimen. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here