CEO KPRJ dilantik Datuk Bandar JB yang baharu

0
388

Oleh Abu Ubaidillah Rahman

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Datuk Mohd. Noorazam Osman dilantik sebagai Datuk Bandar Johor Bahru yang baharu berkuat kuasa semalam.

Beliau menerima surat pelantikan untuk mengemudi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Iskandar Puteri, semalam.

“Betul, saya telah terima surat pertukaran jawatan itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada pukul 3.30 petang semalam.

“Saya jangka akan mula memasuki pejabat pada Ahad ini,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Kekosongan jawatan ditinggalkan Noorazam di KPRJ dipercayai akan digantikan Pengarah Urusan PIJ Holdings, Datuk Ramlee A Rahman.

Datuk Bandar Johor Bahru sebelulm ini ditahan reman selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah ketika beliau menjawat jawatan Datuk Bandar di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Suspek yang berusia 60 tahun itu didakwa telah menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek-projek yang dilaksanakan di bawah kendalian MBIP. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here