Reman bekas Datuk Bandar Johor Bahru disambung empat hari

0
210

Oleh Abu Ubaidillah Rahman

REMAN terhadap bekas Datuk Bandar Johor Bahru yang berakhir hari ini, disambung semula selama empat hari.

Perintah sambungan reman hingga 16 Ogos ini dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat di Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Selasa lalu, media melaporkan SPRM Johor menahan seorang bekas datuk bandar kerana disyaki menerima rasuah.

Penahanan suspek pada jam 3 petang Selasa itu dilakukan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

Hasil siasatan dijalankan mendapati suspek menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek dilaksanakan di bawah kendalian majlis bandar raya yang dirinya menjadi datuk bandar di situ. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here