[VIDEO] Tip jimat elektrik semasa PKP

0
655

Ramai yang masih percayakan alat jimat elektrik sedangkan terdapat banyak lagi cara nak jimat elektrik. Berikut adalah beberapa tip untuk jimat elektrik dan kurangkan komitmen bil elektrik setiap bulan.

  1. Matikan komputer selepas digunakan dan berhenti mengecas komputer riba selepas bateri dicas penuh.
  2. Pengguna juga perlu memastikan semua pintu, tingkap dan laluan udara ditutup sepenuhnya semasa menggunakan alat pendingin hawa.
  3. menggunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat penyaman udara boleh dilaraskan lebih tinggi antara 24 hingga 26 darjah Celsius.
  4. Tetapkan timer untuk mematikan alat pendingin hawa sebelum tidur dengan menetapkannya ditutup selepas penggunaan.
  5. Elakkan penggunaan air panas semasa mencuci pakaian dengan muatan penuh kerana ianya menggunakan lebih banyak tenaga kerana ia mengambil masa untuk air dipanaskan.
  6. Masa mandian yang lama dengan alat pemanas air turut menggunakan lebih banyak tenaga untuk memanaskan air secara berterusan.
  7. Apabila menggunakan ketuhar elektrik tindakan membuka dan menutup pintu ketuhar dengan kerap tidak akan mempercepatkan tempoh hidangan dimasak sebaliknya ia akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar.
  8. Pengguna juga perlu mematikan suis dan menanggalkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here