Ahmad Sarji dimasukkan ke ICU kerana Covid-19

0
213

BEKAS Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras kerana komplikasi penyakit virus Covid-19.

Musibah yang menimpa beliau itu dimaklumkan oleh Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) dalam hantaran Facebook persatuan berkenaan semalam.

“Adalah dimaklumkan Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah dimasukkan ke ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia kerana komplikasi Covid-19.

“Kami memohon kepada anda semua mendoakan untuk kesihatan Tun agar beliau cepat sembuh dan menjalani kesihatan yang baik,” kata hantaran itu.

Ahmad Sarji merupakan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 iaitu ketika era pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selepas bersara, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here