GPS kekal sokong kerajaan PN – Alexander Nanta Linggi

0
674

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendirian menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diumumkan menerusi kenyataan media Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Menurut Alexander, susulan satu perjumpaan khas YAB Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari Tun Openg, bersama Ahli-Ahli Parlimen GPS di Ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako, Kuching petang ini, Ahli-Ahli Parlimen GPS telah mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Menerusi kenyataan itu, GPS juga menjunjung titah ke bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya pentadbiran kerajaan hari ini diteruskan sehinggalah keabsahannya ditentukan pada sidang Parlimen bulan depan.

“GPS menyifatkan keputusan YAB Perdana Menteri untuk mengusulkan undi percaya terhadap dirinya pada sidang Parlimen bulan depan, sebagai satu tindakan berani dan bijak, serta pendekatan terbaik berlandaskan perlembagaan.” katanya.

Tambah beliau, GPS menyifatkan tindakan mengheret rakyat calam krisis politik dan cubaan menumbangkan kerajaan dalam keadaan rakyat dan negara sedang berdepan ancaman pandemik Covid-19, hanya akan menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.

“Keutamaan GPS ketika ini adalah rakyat dan menangani masalah pandemik, mempercepatkan proses vaksinasi serta memulihkan ekonomi negeri dan negara.” tambahnya.

Alexander juga berkata, GPS berharap semua pihak menghentikan dahulu politiking dan semua Ahli Parlimen boleh menentukan pendirian masing-masing sama da mahu menyokong atau tidak usul percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat bulan depan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here