Sanusi mohon maaf, ekoran gurauan ‘kontena jenazah’

0
243

MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf kepada orang ramai terutama pihak yang tersinggung, berhubung gurauannya berkaitan ‘kontena jenazah’ yang tular di media sosial sejak petang semalam.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata gurauan itu hanya dituju kepada rakan-rakan wartawan namun tidak menyangka perkara tersebut tular dan menyinggung perasaan banyak pihak.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas gurauan kita semalam sehingga ditularkan. Saya memang suka bergurau tetapi mungkin gurauan semalam agak kasar jadi saya minta maaf,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) Outreach Universiti Utara Malaysia di sini, hari ini.

“Saya hendak maklumkan saya bergurau dengan wartawan tetapi gurauan itu dianggap seperti mahu bergurau dengan semua orang, jadi kerana ada pihak yang tersinggung, terasa hati dengan gurauan saya itu, saya ambil kesempatan mohon maaf,” ujarnya

Katanya, disebabkan kenyataan berkenaan, beliau banyak menerima mesej celaan daripada pelbagai pihak termasuk di media sosial namun menganggap perkara tersebut sebahagian daripada kerjayanya.

Terdahulu, video Muhammad Sanusi dengan kenyataan “kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk bagi nama” tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp hingga menyebabkan pelbagai pihak tidak senang dan mengecam Menteri Besar Kedah itu.

Kenyataan gurauan itu dibuat dalam sidang media selepas beliau meninjau pembukaan PPV Mega Amanjaya Sports Arena di Sungai Petani, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here