Sokongan bukti rakyat lebih penting

0
305

KEPUTUSAN seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan untuk kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan politik negara semakin dinamik.

Menurut laporan Berita Harian, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ia juga membuktikan ahli parlimen berkenaan mementingkan rakyat berbanding kemahuan parti sendiri.

Tambah beliau, walaupun sudah ada keputusan daripada parti, ia mungkin bukan datang daripada keseluruhan ahli tetapi dari beberapa pemimpin.

“Ia sekali gus menyebabkan ahli parlimen bertindak menggunakan kewarasan dan kebijaksanaan masing-masing meletakkan kepentingan yang lebih utama melebihi kepentingan politik dan kemahuan parti.” kata Faizal.

Menurut Faizal, sokongan kepada Perdana Menteri bukan kerana kerajaan ini terlalu sempurna tetapi kerana kita berpandangan kita mesti bekerjasama dengan rapat agar kepentingan rakyat dapat diutamakan terutama dalam pandemik Covid-19 ini.

Beliau berkata sedemikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC) di Seksyen 15, hari ini.

Terdahulu, seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan BN hari ini, menyatakan sokongan dan kekal bersama kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here