Keputusan Zahid sentiasa berubah – Idris

0
307

KE arah mana sebenarnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ingin membawa parti itu masa ini, soal Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut Idris, Ahmad Zahid pernah berkata, Ahli-ahli Parlimen UMNO bebas membuat pilihan untuk menyokong siapa di Parlimen.

IDRIS JUSOH

“Sekarang beliau mengarahkan pula kita perlu tarik sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri. Keputusan beliau sentiasa berubah..

“Sayangnya saya tidak nampak ‘game plan’ di mana Presiden UMNO hendak membawa kita pada ketika kesihatan rakyat masih diancam. Kita diarah menolak kerajaan sedia ada dan menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.

“Selepas itu ke mana kita? Adakah kita hendak kembali menjadi pembangkang? Membiarkan pemimpin Bukan Melayu mentadbir Agama Islam? Atau adakah kita hendah menyokong DS Anwar Ibrahim sebagaimana kita maklum akan hubungan akrab kedua-duanya?,” soalnya dalam kenyataan yang menyatakan sokongannya kepada Muhyiddin..

Idris berkata, Perhimpunan Agung UMNO telah membuat keputusan menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tetapi Presiden (UMNO) berkata Anwar adalah cikgu dia. Presiden juga secara diam-diam telah tandatangani Akuan Bersumpah) SD menyokong Anwar. Oleh itulah maka kita perlu lebih berhati-hati di dalam membuat keputusan demi kelangsungan masa depan UMNO.

“Saya berpendapat, masa depan UMNO akan menjadi lebih baik jika kita bersama-sama dengan kerajaan sekarang di bawah kepimpinan Muhyiddin. Kerajaan ini tidak maksum, namun bagi mengelak mudarat yang lebih besar, ia adalah pilihan yang lebih baik.

“Saya menyeru agar kita dapat tingkatkan solidariti di kalangan ahli UMNO. Saya sayangkan UMNO; dulu, kini dan selamanya,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here