Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
ukraine Archives - Page 2 of 3 -

Tag: ukraine

  • Zelensky senarai tuntutan sebelum bertemu Rusia

    Zelensky senarai tuntutan sebelum bertemu Rusia

    PRESIDEN Ukraine pada Rabu mengulangi kenyataan bahawa jaminan kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine adalah penting, susulan rundingan damai yang sedang berlangsung dengan Rusia, lapor Agensi Anadolu. “Keutamaan saya dalam rundingan ini amat jelas: menamatkan perang, jaminan terhadap keselamatan, kedaulatan, pemulihan integriti di wilayah, serta jaminan perlindungan terhadap negara kita,” kata Volodymyr Zelenskyy menerusi video yang…

  • YouTube sekat saluran media Rusia di seluruh dunia

    YouTube sekat saluran media Rusia di seluruh dunia

    PEMILIK aplikasi video, YouTube pada Jumaat mengumumkan pihaknya menyekat saluran media yang menyokong dan mempunyai kaitan dengan Rusia di seluruh dunia. Saluran YouTube RT dan Sputnik mula disekat di seluruh Eropah minggu lepas, lapor Agensi Anadolu. “Kini, kami mengeluarkan kandungan berkaitan tindakan Rusia di Ukraine yang melanggar dasar,” menurut YouTube menerusi ciapan Twitternya, sambil menambah…

  • WHO nasihatkan Ukraine musnahkan patogen berbahaya di makmal

    WHO nasihatkan Ukraine musnahkan patogen berbahaya di makmal

    PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menasihati Ukraine supaya memusnahkan patogen membawa ancaman tinggi, yang disimpan di makmal kesihatan awam negara itu. Agensi bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu memberitahu Reuters, semalam, langkah terbabit bertujuan mengelakkan ‘sebarang potensi berlaku kebocoran’ yang akan mengakibatkan penularan penyakit. Pakar keselamatan bio memberi amaran, pencerobohan tentera Russia dan serangan bom ke…

  • 4 warga Malaysia masih berada di Ukraine

    4 warga Malaysia masih berada di Ukraine

    EMPAT warganegara Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan besar Malaysia di Kyiv masih berada di Ukraine, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata, pihak kedutaan melalui perwakilan Malaysia di negara-negara berdekatan Ukraine terutamanya di Warsaw, Poland sentiasa berhubung rapat dengan warganegara Malaysia yang masih berada di Ukraine. “Pihak kedutaan sentiasa bersedia untuk membantu…

  • Putin bagi amaran kepada Nato jangan campur tangan

    Putin bagi amaran kepada Nato jangan campur tangan

    PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin mengancam kewujudan Ukraine sebagai sebuah negara ketika tenteranya berdepan tentangan sengit, selain ekonomi Rusia juga semakin lumpuh akibat sekatan antarabangsa. “Pihak berkuasa semasa (Ukraine) perlu faham bahawa jika terus melakukan apa yang sedang mereka lakukan, ia meletakkan persoalan pada masa depan Ukraine sebagai sebuah negara. “Jika ini berlaku, mereka perlu bertanggungjawab…

  • Dakwaan pegawai kedutaan di Kyiv larikan diri, tiada SOP evakuasi tidak berasas – Wisma Putra

    Dakwaan pegawai kedutaan di Kyiv larikan diri, tiada SOP evakuasi tidak berasas – Wisma Putra

    KUMPULAN terakhir rakyat Malaysia yang berjaya keluar dari Ukraine dijadualkan berlepas pulang ke tanah air dari Warsaw, Poland esok (Isnin) melalui penerbangan komersil. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui satu kenyataan hari ini selepas misi pemindahan melibatkan tujuh warganegara dan dua warga asing tanggungan kepada dua warga Malaysia itu berjaya dilaksanakan Kedutaan Malaysia di Kyiv…

  • Putin tandatangani dekri iktiraf Donetsk, Lugansk ’republik merdeka’

    Putin tandatangani dekri iktiraf Donetsk, Lugansk ’republik merdeka’

    PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin pada Isnin menandatangani dua dekri yang mengiktiraf “Republik Rakyat Lugansk (LPR)” dan “Republik Rakyat Donetsk (DPR)” sebagai negara merdeka dan berdaulat, lapor Xinhua. Putin turut menandatangani Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan antara Rusia bersama kedua-dua ketua “republik” LPR dan DPR, dalam satu majlis di Kremlin, menurut Rusia dalam satu kenyataan. “Saya…

  • Tentera Rusia mula masuk ke Ukraine – ‘melindungi’ Luhansk dan Donetsk

    Tentera Rusia mula masuk ke Ukraine – ‘melindungi’ Luhansk dan Donetsk

    VLADIMIR Putin mengarahkan tentera Rusia memasuki kawasan yang dikuasai mereka di Ukraine, selepas mengisytiharkan dua kawasan bergolak itu sebagai wilayah merdeka. Keputusan untuk menghantar tentera itu dibuat dengan alasan ‘mengekalkan keamanan’ dan tindakan itu dilihat Ukraine serta negara Barat yang lain sebagai menceroboh serta mahu menguji tindak balas ketenteraan Ukraine. Tindakan terkini itu dibuat selepas…

  • Imej satelit kesan Rusia buka penempatan baharu tentera

    Imej satelit kesan Rusia buka penempatan baharu tentera

    IMEJ satelit menunjukkan beberapa kawasan baharu dijadikan tentera Rusia sebagai penempatan peralatan berperisai dan tentera, berhampiran sempadan Ukraine. Sebuah syarikat swasta Amerika Syarikat (AS) memaklumkan, paparan itu menunjukkan peningkatan tahap kesediaan ketenteraan Rusia di kawasan bergolak. Aktiviti terbaru itu dikesan ketika Rusia meneruskan latihan ketenteraan di Belarus, yang sepatutnya berakhir semalam. Perkembangan terkini itu meningkatkan…

  • Rusia nafi terlibat dalam serangan siber ke atas Ukraine

    Rusia nafi terlibat dalam serangan siber ke atas Ukraine

    RUSIA menolak tuduhan Amerika Syarikat (AS) sambil menegaskan Moscow tidak terlibat dalam serangan siber ke atas bank Ukraine baru-baru ini, menurut Kedutaan Rusia ke AS. Timbalan Penasihat Keselamatan Negara bagi Teknologi Siber dan Baharu, Anne Neuberger pada Jumaat berkata, pentadbiran Presiden Joe Biden percaya kejadian terbaharu membabitkan penggodam siber Rusia menyasarkan entiti kerajaan Ukraine, termasuk kementerian pertahanan…