Tentera Rusia mula masuk ke Ukraine – ‘melindungi’ Luhansk dan Donetsk

0
527

VLADIMIR Putin mengarahkan tentera Rusia memasuki kawasan yang dikuasai mereka di Ukraine, selepas mengisytiharkan dua kawasan bergolak itu sebagai wilayah merdeka.

Keputusan untuk menghantar tentera itu dibuat dengan alasan ‘mengekalkan keamanan’ dan tindakan itu dilihat Ukraine serta negara Barat yang lain sebagai menceroboh serta mahu menguji tindak balas ketenteraan Ukraine.

Tindakan terkini itu dibuat selepas Putin serta pemimpin wilayah bergolak itu menandatangani dokumen perjanjian pada Selasa.

Bahagian ketiga perjanjian dokumen itu memberi kebenaran ‘menguatkuasakan fungsi keamanan oleh tentera Rusia’ di Luhansk dan Republik Rakyat Donetsk.

Pada Isnin, pegawai Ukraine mendakwa tentera Rusia mungkin sudah pun berada d wilayah berkenaan. Katanya, penduduk tempatan di Makiivka, kira-kira 15 kilometer dari kawasan dikuasai pembrontak di Donetsk, melihat kenderaan tentera Rusia dalam perjalanan ke sana.

Tindakan Putin itu sekaligus dilihat bakal menamatkan sebarang rundingan damai berkaitan di kedua-dua wilayah berkenaan.

Wilayah Donetsk dan Luhansk yang dikuasai pembrontak diakui mendapat sokongan Rusia, sejak mereka memulakan penentangan menuntut kemerdekaan daripada Ukraine bermula pada 2014.

Negara kuasa Barat yang mengikuti perkembangan rapat isu berkenaan meluahkan kebimbangan melihat cara Rusia campur tangan di Ukraine.

Jika pasukan tentera Rusia mula melepasi sempadan, ia akan menjadi rekod buat pertama kalinya tentera Rusia memasuki wilayah yang dikuasai pemberontak.

Parlimen Rusia dijangka akan menyokong langkah mengiktiraf dua wilayah bergolak itu, sekaligus akan memberikan Moscow hak untuk membina kem tentera di Donetsk dan Luhansk.

Sejak beberapa tahun lalu, penduduk di kedua-dua wilayah itu diberikan pasport negara Rusia, dan negara Barat yang lain bimbang Rusia akan mula menggerakan unit tentera ke wilayah itu dengan alasan melindungi penduduknya.

Ketika berucap selepas pengumuman rasmi pada Isnin, Putin berkata, Ukraine modensebenarnya dicipta oleh Soviet Rusia, sekaligus merujuk negara itu adalah sebahagian daripada wilayah Rusia.

Rusia mendakwa, sebahagian daripada wilayah mereka ‘dirompak’ ketika kejatuhan Soviet Union pada 1991. Mereka mendakwa Ukraine menjadi ‘Koloni Amerika Syarikat’ yang diuruskan kerajaan ‘puppet’, menyebabkan rakyatnya menderita di bawah pemerintahan kerajaan sedia ada.

Putin menuduh gerakan serta bantahan pada 2014 yang menggulingkan pemimpin pro Rusia sebagai satu rampasan kuasa. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here