Imej satelit kesan Rusia buka penempatan baharu tentera

0
514

IMEJ satelit menunjukkan beberapa kawasan baharu dijadikan tentera Rusia sebagai penempatan peralatan berperisai dan tentera, berhampiran sempadan Ukraine.

Sebuah syarikat swasta Amerika Syarikat (AS) memaklumkan, paparan itu menunjukkan peningkatan tahap kesediaan ketenteraan Rusia di kawasan bergolak.

Aktiviti terbaru itu dikesan ketika Rusia meneruskan latihan ketenteraan di Belarus, yang sepatutnya berakhir semalam.

Perkembangan terkini itu meningkatkan ketakutan di kalangan kuasa Barat terhadap pencerobohan Russia yang akan berlaku ke atas Ukraine.

Memetik laporan agensi berita Reuters, imej yang dikeluarkan oleh syarikat Maxar Technologies yang berpangkalan di AS itu menjejaki penumpukan tentera Rusia selama berminggu-minggu.

“Aktiviti baharu ini mewakili perubahan dalam corak penempatan kumpulan pertempuran (kereta kebal, pengangkut anggota berperisai, artileri dan peralatan sokongan) yang diperhatikan sebelum ini,” kata Maxar dalam satu kenyataan.

Beberapa penempatan besar kumpulan pertempuran sudah diperhatikan di sekitar garison tentera di Soloti, Russia setakat 13 Februari menurut imej satelit, kata Maxar.

Imej pada semalam menunjukkan kebanyakan unit tempur dan peralatan sokongan di Soloti sudah terlepas. Landasan kenderaan yang luas dan beberapa konvoi peralatan perisai dilihat di seluruh kawasan itu, kata syarikat berkenaan.

Beberapa peralatan juga sudah digunakan di Timur Valuyki, Russia di kawasan padang seluas kira-kira 15 kilometer di utara sempadan Ukraine. Sejumlah penempatan lapangan baharu juga dilihat di barat laut bandar Belgorod, Russia, kata Maxar.

Berdasarkan landasan dan salji, aktiviti itu kelihatan seperti baru-baru ini, kata Pengarah Kanan Biro Berita Maxar kepada Reuters.

“Bagi saya ia menunjukkan peningkatan tahap kesediaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here