Tag: terbakar
-
Dua rentung, van bawa muatan diesel langgar pokok tepi jalan
DUA orang rentung apabila van membawa muatan diesel yang dinaiki terbakar selepas merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Khong Yit Khim, Sibu dalam kemalangan kendiri awal pagi tadi. Ketua Bomba Zon Sibu, Janggan Muling berkata akibat kemalangan tersebut kedua-dua mangsa didapati tersepit dan rentung di tempat duduk pemandu dan penumpang sebelah hadapan. Menurutnya, panggilan kejadian…
-
Tiga rumah musnah terbakar dipercayai angkara pesakit mental
Tiga rumah musnah dalam kebakaran dipercayai angkara seorang lelaki yang menghidap masalah mental dalam kejadian di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.17 tengah hari dan seramai 22 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. Menurutnya, bomba berjaya mengawal kebakaran yang…
-
Gaduh dengan isteri, bakar rumah sendiri
SEORANG lelaki melecur di bahagian badan selepas bertindak membakar rumahnya sendiri dalam kejadian di Kampung Kiukad Lotong, Tambunan, Keningau, Sabah, pada malam Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 62 tahun terbabit bertindak sedemikian selepas berselisih faham dengan isterinya. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, polis menerima panggilan…
-
Belon helium meletup cetus kebakaran, 8 termasuk kanak-kanak maut
LAPAN orang terkorban dalam kebakaran yang berlaku lewat Selasa di Tehran, ibu negara Iran. Berlaku satu letupan diikuti kebakaran semasa majlis hari jadi di sebuah kafe di pinggir bandar Shahriar di Tehran, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Tasnim, memetik laporan Astro AWANI. Empat kanak-kanak adalah antara yang maut, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Iran.…
-
Kedai bakar itik punca kebakaran Pavilion
ASAP tebal yang menyelubungi sebuah restoran di tingkat satu, pusat beli-belah Pavilion mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengunjung hari ini. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.12 petang. “Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dengan bantuan BBP Jalan Tun Razak bersama beberapa jentera telah…
-
Lelaki rentung kereta terbabas, terbakar
SEORANG lelaki ditemukan rentung di dalam kereta dipandunya yang terbabas sebelum terbakar di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Balai Undang Sungai Ujong, dekat Seremban, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata mangsa yang berusia 35 tahun itu dipercayai memandu sendirian dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah ketika nahas berlaku kira-kira pukul 4.50 pagi, “Sejurus tiba…
-
Stor barang rumah anak yatim musnah dalam kebakaran
SEBUAH stor penyimpanan barang di rumah anak yatim di Jalan Air Mawar 1, Taman Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Ahmad Daniel Ahmad Kamal berkata jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Sentul, BPP Jalan Tun Razak, BPP Wangsa Maju, BPP Hang…
-
[VIDEO] KPM tunggu laporan lengkap kebakaran SMK Balai Ringin
KEMENTERIAN Pendidikan sedang mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerosakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Serian, Sarawak yang terbabit dalam kebakaran awal pagi tadi. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, tindakan susulan segera akan diambil mengenai insiden itu. “Insya-Allah, kami akan ikhtiarkan yang terbaik untuk warga SMK Balai Ringin. “Saya dimaklumkan, kebakaran itu turut…
-
[VIDEO] Bangunan belum siap musnah dalam kebakaran
SEBUAH bangunan yang masih dalam pembinaan musnah dalam satu kebakaran di tapak pembinaan Vista Wirajaya 2, Persiaran Pertahanan berhampiran residensi PV 9, Setapak hari ini. Kejadian kira-kira pada pukul 11 pagi itu berlaku di tingkat dua di kawasan tempat letak kereta bangunan tersebut. Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam satu kenyataan berkata, kawasan tempat…
-
Dua rentung Myvi terbakar
SEORANG remaja wanita dan seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi berhampiran lampu isyarat Tesco Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah awal pagi tadi. Siasatan awal mendapati, penumpang kereta itu adalah wanita dikenali sebagai Tan Sun Wen, 19, manakala pemandunya dipercayai lelaki namun belum dikenal pasti identitinya. Pengarah Jabatan Bomba…