Tag: Tanah runtuh

  • Tanah runtuh di Venezuela, sekurang-kurangnya 43 maut

    Tanah runtuh di Venezuela, sekurang-kurangnya 43 maut

    TIMBALAN Presiden, Venezuela Delcy Rodriguez pada Selasa berkata kejadian tanah runtuh dan hujan lebat yang melanda bandar Las Tejerias, Aragua telah mengorbankan 43 orang dan angka kematian dikhuatiri terus meningkat. Rodriguez mengumumkan perkara berkenaan semasa bersiaran langsung dari lokasi itu, lapor Agensi Anadolu. Taklimat itu dibuat beberapa jam selepas Presiden Nicholas Maduro mendedahkan bahawa 39…

  • [VIDEO] Polis sahkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tanah runtuh di Labohan Dagang

    [VIDEO] Polis sahkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tanah runtuh di Labohan Dagang

    POLIS mengesahkan tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tanah runtuh di lombong bijih besi di Labohan Dagang, Banting, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, hanya sebuah jentera mesin pengorek tertimbus dalam kejadian tersebut. Beliau berkata, pemandu mesin pengorek tersebut sempat menyelamatkan diri sebelum berlaku. “Pihak polis…

  • Remaja patah kaki ditimbus tanah runtuh

    Remaja patah kaki ditimbus tanah runtuh

    SEORANG remaja lelaki patah kaki manakala seorang wanita cedera ringan dalam kejadian tanah runtuh di rumah panjang di Jalan Entabai-Pakan di Sarikei, Sarawak pada Sabtu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 5.42 petang dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor bergegas ke lokasi. Katanya, setibanya di tempat…

  • 2 kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh

    2 kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh

    Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, Kota Kinabalu, malam tadi. Mangsa Isa Sabri, 2, dan Norain Jaziz, 11, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE). Manakala Siti Nur, 28, patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki menerima rawatan di hospital sama.…

  • 14 maut, 30 hilang akibat tanah runtuh di timur laut India

    14 maut, 30 hilang akibat tanah runtuh di timur laut India

    HUJAN lebat selama beberapa minggu menjadi punca kepada kejadian tanah runtuh di timur laut India yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan menyebabkan 30 yang lain hilang. Anggota penyelamat dan pihak berkuasa kini dalam proses mencari dan menyelamat mereka yang tertimbus di bandar Noney, di negeri Manipur, India. Menurut Ketua Menteri Negeri Manipur, N. Biren Singh,…

  • Lelaki nyaris tertimbus ketika buat kerja pembaikan paip

    Lelaki nyaris tertimbus ketika buat kerja pembaikan paip

    SEORANG lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas apabila separuh badannya tertimbus dalam lubang ketika melakukan kerja pembaikan paip di Laman View Cyberjaya , sini, petang ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata ketika kejadian, mangsa, Samsul Maarif, 43, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan paip di dalam lubang yang digali sedalam 3.04 meter.…

  • Tanah runtuh: Pencawang TNB rosak, dua kenderaan dihempap pokok tumbang

    Tanah runtuh: Pencawang TNB rosak, dua kenderaan dihempap pokok tumbang

    Hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak petang dipercayai menjadi punca kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Dr Ismail, Taman Bukit Sentosa di sini malam tadi yang turut menyebabkan kerosakan pada sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban PGK II Jefri Uzus berkata sepasukan anggota dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul…

  • Tanah runtuh: Pegawai APM, pemilik akaun Facebook dipanggil beri keterangan esok

    Tanah runtuh: Pegawai APM, pemilik akaun Facebook dipanggil beri keterangan esok

    POLIS akan memanggil seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seorang pemilik akaun Facebook, bagi membantu siasatan beberapa kes yang berkaitan dengan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, Selangor, Khamis lepas. Pegawai APM berkenaan akan dipanggil kerana dikatakan memasuki lokasi kejadian tanpa kebenaran, manakala pemilik akaun Facebook pula kerana memuat naik video Komander Operasi Bencana ketika…

  • Penghuni 15 rumah di Bukit Permai dinasihat pindah – Polis

    Penghuni 15 rumah di Bukit Permai dinasihat pindah – Polis

    POLIS menasihatkan penduduk di 15 rumah di Jalan Bukit Permai 1, Ampang, Selangor untuk mengosongkan kediaman dan berpindah sementara susulan berlaku gelongsoran tanah baharu semalam di kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata gelongsoran tanah agak besar itu dikesan berlaku pada 7 malam, namun tidak membabitkan…

  • Rekahan tanah dikesan, 200 penduduk sekitar Taman Permai diarah kosongkan rumah

    Rekahan tanah dikesan, 200 penduduk sekitar Taman Permai diarah kosongkan rumah

    LEBIH 200 penduduk melibatkan 48 rumah di Taman Bukit Permai 2, Ampang, Selangor diarah mengosongkan kediaman mereka susulan terdapat rekahan tanah yang dikhuatiri menyebabkan pergerakan tanah di lokasi kejadian tanah runtuh itu. Pegawai Daerah Hulu Langat, Ani Ahmad berkata arahan mengosongkan kediaman itu adalah serta-merta bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan kajian terperinci. “Sebanyak…