[VIDEO] Polis sahkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tanah runtuh di Labohan Dagang

0
420

POLIS mengesahkan tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tanah runtuh di lombong bijih besi di Labohan Dagang, Banting, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, hanya sebuah jentera mesin pengorek tertimbus dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata, pemandu mesin pengorek tersebut sempat menyelamatkan diri sebelum berlaku.

“Pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian menerusi klip video yang tular di laman sosial yang memaparkan kejadian tanah runtuh.

“Polis tiba di lokasi pada pukul 6.40 petang dan hasil siasatan bersama pekerja mendakwa kejadian berlaku pada pukul 1 petang tadi,” katanya, lapor UtusanTV.

Ahmad Ridhwan berkata, usaha mengeluarkan mesin pengorek sedang giat dijalankan.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here