Tanah runtuh di Venezuela, sekurang-kurangnya 43 maut

0
211

TIMBALAN Presiden, Venezuela Delcy Rodriguez pada Selasa berkata kejadian tanah runtuh dan hujan lebat yang melanda bandar Las Tejerias, Aragua telah mengorbankan 43 orang dan angka kematian dikhuatiri terus meningkat.

Rodriguez mengumumkan perkara berkenaan semasa bersiaran langsung dari lokasi itu, lapor Agensi Anadolu.

Taklimat itu dibuat beberapa jam selepas Presiden Nicholas Maduro mendedahkan bahawa 39 orang disahkan terkorban manakala 56 masih hilang.

“Kami menjangkakan angka korban hampir 100 orang dalam tragedi ini,” kata Rodriguez.

Pihak berkuasa memaklumkan bekalan air bersih serta 300 tan makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas.

Rodriguez juga memaklumkan bahawa 95 peratus daripada grid kuasa dan lapan daripada 19 telaga air berjaya dipulihkan.–Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here