14 maut, 30 hilang akibat tanah runtuh di timur laut India

0
251

HUJAN lebat selama beberapa minggu menjadi punca kepada kejadian tanah runtuh di timur laut India yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan menyebabkan 30 yang lain hilang.

Anggota penyelamat dan pihak berkuasa kini dalam proses mencari dan menyelamat mereka yang tertimbus di bandar Noney, di negeri Manipur, India.

Menurut Ketua Menteri Negeri Manipur, N. Biren Singh, tujuh daripada yang maut merupakan anggota tentera, lapor Astro AWANI.

Jelasnya, lima pegawai kereta api India adalah antara yang dikhuatiri hilang.

Hujan berterusan sejak tiga minggu lalu telah mendatangkan malapetaka di seluruh timur laut India dan di negara jiran Bangladesh.

Kira-kira 200 orang terbunuh dalam hujan lebat dan banjir lumpur di timur laut India beberapa minggu kebelakangan ini, manakala 42 orang maut di Bangladesh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here