Tag: SRC International
-
Najib masih jalani hukuman di Penjara Kajang
DATUK Seri Najib Tun Razak masih lagi ditempatkan di Penjara Kajang bagi menjalani hukumannya selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai khas bekas Perdana Menteri itu, Ahmad Lutfi Azhar ketika ditemui media di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, lapor Astro AWANI. Bagaimanapun, dia…
-
Najib dipenjara: ‘Ini bukan sesuatu yang menggembirakan, saya naikkan dia jadi PM’ – Tun M
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui hukuman yang dihadapi anak didiknya, Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menggembirakan. Ini kerana menurut ahli Parlimen Langkawi itu, beliau bertanggungjawab menaikkan ahli Parlimen Pekan itu sehingga beliau bergelar Perdana Menteri. Dalam wawancara bersama kepada Kyodo News, Dr Mahathir menjelaskan kemungkinan untuk Najib membuat kemunculan semula…
-
Undang-undang tertulis, termaktub wajib diikuti
AHLI-ahli UMNO perlu sedar undang-undang yang telah termaktub dan tertulis tidak mengenal apa itu kesilapan. Ketua Penerangan Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais berkata, sehubungan itu ia wajib diikuti kerana jika tidak maka kehadiran hakim sebagai pentafsir undang-undang serta membuat keputusan berasaskan undang-undang, tidak perlu ada. Beliau mengulas tindak-tanduk ahli UMNO yang terus mempertikaikan…
-
Najib boleh dapatkan pengampunan diraja, tapi perlu jalani hukuman dulu
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memohon untuk mendapatkan pengampunan diraja, namun perlu menjalani hukuman penjara dalam tempoh tertentu terlebih dahulu, kata pengamal undang-undang. Menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, proses pengampunan akan mengambil masa kerana ia tertakluk kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong. “Semua individu yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman…
-
Najib boleh jelaskan denda RM210 juta sepanjang 12 tahun dipenjarakan – Peguam
TERDAPAT ketidakpastian bila Datuk Seri Najib Tun Razak akan membayar denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes rasuah membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. Berkaitan hal ini, golongan peguam berpendapat bekas Perdana Menteri berusia 69 tahun itu boleh membayar jumlah denda yang besar tersebut pada bila-bila masa sepanjang tempoh 12 tahun beliau dipenjarakan. Peguam…
-
Najib masih ada empat lagi kes belum selesai
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini dipenjarakan atas kes RM42 juta SRC International selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah semalam. Begitupun, bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai empat lagi kes mahkamah yang belum selesai. Ahli Parlimen Pekan itu berusia 69 tahun itu menghadapi satu lagi perbicaraan melibatkan SRC International Sdn Bhd. Beliau…
-
Negara luar beri reaksi positif kes Najib – Saifuddin
KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC oleh Datuk Seri Najib Razak adalah bukti sistem kehakiman negara masih berintegriti tinggi, bebas, telus dan menjamin keadilan. Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, negara-negara luar melihat keputusan tersebut sebagai sangat positif dan beranggapan kerajaan Malaysia kini benar-benar berusaha memerangi rasuah dan tidak mencampuri…
-
Pasukan siasatan kes SRC difitnah, diugut dan ditawar habuan – Bahri
KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak membuktikan kerajaan tidak campur tangan dalam sistem perundangan negara. Memetik laporan Berita Harian, Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohammad Zin berkata, ia menutup terus ruang yang boleh dimanipulasi sesetengah pihak bahawa bekas Perdana Menteri…
-
Kebebasan badan kehakiman perlu terus dilindungi – Muhyiddin
Tanpa badan kehakiman yang bebas, sistem demokrasi di negara akan gagal untuk berfungsi dan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersifat autoritarian, rasuah dan bankrap moral, kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam kenyataan beberapa jam selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata, terbukti,…
-
Tiada tindakan kenyataan ‘Zamani Ibrahim’ di Facebook pada 2018 – Polis
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membuka kertas siasatan mengenai aduan orang awam berhubung kenyataan pemilik akaun ‘Zamani Ibrahim’ berkenaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook pada 2018. Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, semakan mendapati kenyataan itu telah dimuat naik pada 11 Mei 2018 dan…