Tag: siti sarah
-
Abang Allahyarham Siti Sarah sudah sedar, masih di ICU
Oleh Abu Ubaidillah Rahman ABANG Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang sudah mula sedar pada pukul 9 pagi ini. Perkembangan tersebut disahkan isteri Ahmad Firdous kepada syarikat pengurusan, Indigital Music. Pengurus Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, keadaan Ahmad Firdous semakin stabil dan dikehendaki menjalani senaman…
-
Shuib kena tunggu lagi nak jumpa Ayash Affan
BELUM sesuai untuk kongsi gambar Ayash Affan. Itu kata doktor di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) kepada Shuib Sepahtu ketika meminta izin supaya pihak hospital merakam gambar anak bongsunya. Hasrat pelawak dan pelakon popular untuk melawat bayinya itu buat pertama kali semalam terpaksa ditangguhkan apabila tidak dibenarkan HCTM atas alasan keadaannya yang tidak mengizinkan. Shuib…
-
Raissuddin terasa sepi selepas pemergian Siti Sarah
Oleh Abu Ubaidillah Rahman BAPA kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah, Raissuddin Hamzah merasakan dunia seakan terlalu sepi selepas mengetahui pemergian anaknya itu. Penyanyi veteran tersebut yang turut serta dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk anaknya berkata, dia hilang kata-kata apabila dimaklumkan oleh menantunya, Shuib. “Shuib datang berjumpa saya. Dia datang dengan senyuman. Dia melutut…
-
[VIDEO] Ambillah vaksin, Covid-19 bukan main-main – Shuib
PELAWAK Shuib Sepahtu menasihati orang ramai supaya tidak menolak vaksin Covid-19 kerana ia dapat membantu di saat seseorang berdepan virus berkenaan. Mengakui beliau antara antara orang yang tidak begitu percaya dengan keseriusan ancaman Covid-19 sehingga sering keluar rumah tanpa rasa takut akan dijangkiti virus tersebut, Shuib menambah, jangkitan Covid-19 boleh berlaku sekelip mata. “Jika berpeluang…
-
[VIDEO] Air mata terakhir ‘bidadari’ Shuib
KIRA-KIRA 45 minit sebelum azan subuh berkumandang pagi tadi, Siti Sarah Raissuddin, dijemput menemui penciptaNya. Demikian perjalanan anak seni ini yang menghembuskan nafas terakhir pukul 5.13 pagi, pada 30 Zulhijjah 1442-1443, ketika usianya mencecah 36 tahun. Penyanyi yang popular dengan lagu Demikian ini, meninggalkan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan…
-
PM ucap takziah buat Shuib
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengucapkan takziah kepada pelawak, Shuib Sepahtu atas pemergian isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pagi tadi. Dalam kenyataan di Facebook rasminya, Perdana Menteri berkata, beliau berserta seluruh rakyat Malaysia turut bersedih atas pemergian Allahyarham. “Khabar duka kehilangan anak seni yang cukup berbakat ini meninggalkan suami, empat anak dan…
-
Anak-anak tak tahu ibunya sudah tiada-Shuib
Oleh Abu Ubaidillah Rahman PELAWAK popular, Shuib Sepahtu belum sempat memberitahu pemergian arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang menghembuskan nafas terakhir pagi ini kepada anak-anaknya. “Buat masa ini, anak-anak belum tahu lagi. Saya baru hendak balik rumah dan memberitahu mereka. “Doakan urusan saya dipermudahkan. Bapa mentua, Raissuddin Hamzah, insya-Allah okay,” kata Shuib ditemui sejurus…
-
Siti Sarah nak bayar sewa rumah orang miskin, sekolahkan anak yatim – Ebit Lew
PEMERGIAN penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin, 37, bukan sahaja ditangisi keluarga dan rakan selebriti, malah seluruh rakyat Malaysia. Selepas disahkan meninggal dunia pada pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), satu persatu kebaikan Allahyarhamah mula dikongsikan orang ramai. Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkongsi amal kebaikan yang dibuat Siti…
-
Siti Sarah sempat korban seekor lembu di Gaza – Nadir Al Nuri
PEMERGIAN penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin mengejutkan ramai termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Nadir Al-Nuri berkongsi amal kebaikan yang dibuat Allahyarham ketika mahu melakukan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha, pada Julai lepas. Melalui perkongsian di Facebook, Nadir memaklumkan Siti Sarah ada menghubunginya menerusi kiriman mesej langsung (DM)…