[VIDEO] Tak sempat tua bersama, Shuib luah emosi dalam lagu Sampai Tua

0
1357

BUKAN tidak dapat menerima hakikat tetapi apa yang cuba disampaikan oleh Shuib di dalam lagu terbarunya benar-benar membuatkan pendengar sebak tatkala mengenangkan kepergian Allahyarham Siti Sarah.

Video muzik yang dimuat naik di YouTube miliknya 15 Oktober lalu dibanjiri dengan komen-komen kesedihan dan kerinduan mereka kepada isterinya. Begitu menusuk hati, lirik lagu yang dinyanyikan Shuib membuatkan ramai yang ‘rabak’.

“Cerita kita tak sempat tua, dinda menanti di pintu syurga,” antara bait terakhir lagu ini yang merenggut emosi mereka.

Sebenarnya Sampai Tua merupakan lagu yang sudah ada dalam simpanan Shuib sejak beberapa tahun lalu. Lagu yang dicipta oleh Aidit Alfian dan lirik tulisan AD Samad itu berkisahkan tentang pasangan ini yang berjanji untuk meniti hari tua bersama.

Meskipun pelbagai kekurangan akan muncul menjelang tua, mereka digambarkan sangat bahagia meskipun ukuran pinggang semakin lebar dan gigi tinggal dua batang sahaja.

“Sebak dengar kita tak sempat tua. Allahu, semoga diberikan kekuatan dan ketabahan. Al Fatihah untuk Allahyarham Siti Sarah,” tulis Rohaidah Harun.

“Allahuakbar. Simple tapi sejuk je mendengar. Mengalir air mata sepanjang mendengarkan lagu ini. Semoga suami dan anak-anak arwah yang tinggalkan terus kuat,” titip Tembun Kakwa pula.

“Tak sempat Shuib nak tua bersama Kak Sarah, Allah lebih menyayanginya,” tulis Siti Asma ringkas pada bahagian komen video muzik berkenaan.

Terdahulu Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos yang lalu di Hospital Cancelor Tunku Mukhriz, Cheras akibat jangkitan Covid19. Dia yang ketika itu sedang mengandung 7 bulan sempat melahirkan anak lelaki sebelum pergi buat selama-lamanya.

Selain Ayash Affan yang baru dilahirkan, pasangan ini dikurniakan Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here