Lelaki maut kereta rempuh gajah

0
421

SEBUAH kereta dinaiki empat individu merempuh seekor gajah menyebabkan seorang terbunuh dalam kejadian di Jalan Pinang, menghala ke Bukit Tongkat , Kluang, Johor, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, mangsa yang meninggal dunia disahkan sebagai Ismail Daud, 37, manakala tiga lagi hanya cedera.

Komander Operasi Abd Rahim Razali dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, berkata pihaknya dengan kekuatan lapan anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.59 malam semalam.

“Sebaik tiba, kemalangan didapati membabitkan Honda City, dinaiki empat mangsa yang mana tiga orang dikeluarkan orang awam dan sudah dihantar ke hospital.

Pasukan bertindak mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi,” katanya memetik laporan BH.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here