Tag: Scam
-
Sanusi ingatkan orang ramai tak tertipu dengan iklan palsu guna wajahnya
BERIKUTAN populariti dimilikinya, wajah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor turut tidak terlepas daripada digunakan sebagai ‘pelaris’ oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk iklan pelaburan yang cukup meragukan di laman media sosial. Memuat naik iklan tersebut di laman media sosialnya hari ini, Muhammad Sanusi turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu. “Ini…
-
Pesara rugi lebih RM128,000 diperdaya ‘pegawai mahkamah’
SEORANG pesara mengalami kerugian sebanyak RM128,037 selepas terpedaya dengan penyamaran oleh ‘pegawai’ dari Mahkamah Pulau Pinang yang mendakwanya mempunyai saman tertunggak. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pada 14 Dis lepas, wanita berusia lingkungan 60-an itu telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang memaklumkannya mempunyai saman mahkamah kerana tidak membayar tunggakan Touch…
-
Lelaki bujang bunuh diri akibat ‘phone scam’
GARA-gara penipuan ‘phone scam’ seorang lelaki bertindak nekad membunuh diri dengan menggantung diri di sebuah kebun durian dekat Jalan Felcra Kerdau, semalam. Lelaki bujang berusia 43 tahun berkenaan dikatakan mengalami tekanan selepas kerugian kira-kira RM156,000 akibat terperdaya dengan sindiket yang menyamar sebagai syarikat kurier dan pihak polis. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar…
-
Wanita didakwa atas 166 tuduhan tipu ‘kekasih’ lebih RM400,000
SEORANG peniaga tudung didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Khamis terhadap 166 pertuduhan menipu ‘kekasih’ yang dikenali di laman sosial Facebook dengan nilai keseluruhan RM483,570. Natasha Adini Abdullah, 27, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang didakwa berlaku antara 3 Julai 2018 hingga 6 Ogos 2020 itu dan mohon dibicara selepas kertas pertuduhan dibaca oleh…
-
11,367 kes jenayah siber dari Januari hingga Julai tahun ini -Polis
SEBANYAK 11,367 kes atau 61 peratus jenayah siber direkodkan dari Januari hingga Julai tahun ini, kata Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial SAC Victor Sanjos. Beliau berkata trend jenayah siber dari 2016 hingga Julai 2022 menunjukkan peningkatan daripada 39 peratus kepada 61 peratus. Terdapat enam jenis penipuan dalam talian iaitu…
-
31,169 kes jenayah dalam talian direkodkan tahun lepas hingga pertengahan tahun ini
SEJUMLAH 31,169 kes jenayah dalam talian direkodkan sejak tahun 2021 hingga 30 Jun lepas, kata Kementerian Kewangan (MoF). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), jenayah dalam talian itu merangkumi penipuan pembelian secara dalam talian, pinjaman tidak wujud, African Scam/ Love Scam, Macau Scam, pelaburan, Business Email Compromise dan Tipu SMS. “Bank Negara…
-
Pesara hilang setengah juta ditipu polis palsu
SEORANG pesara sektor swasta menanggung kerugian RM529,300 selepas diperdaya sindiket ‘Macau scam’ yang menyamar sebagai polis. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima aduan daripada mangsa lelaki berusia 85 tahun itu kelmarin. Katanya mangsa menerima panggilan daripada suspek pada pertengahan Mei lalu, dan pengeluaran dibuat melalui mesin ATM dan pemindahan wang. “Mangsa…
-
Bekas pemain badminton kebangsaan didakwa tipu lebih RM58,000
Seorang bekas pemain badminton kebangsaan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Sabtu, atas dua pertuduhan menipu seorang lelaki berjumlah RM58,029 untuk tujuan pertaruhan dalam talian dan pelaburan tidak wujud, enam tahun lalu. Tertuduh, Lin Woon Fui,39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir, memetik laporan Kosmo! Mengikut pertuduhan,…
-
Pesara wanita rugi RM264,950 diperdaya Macau Scam
SEORANG pesara wanita kerugian RM264,950 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, yang menyamar sebagai pegawai pejabat Pos dan pegawai polis Sabah. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata ketika berada di rumah, mangsa berusia 59 tahun, menerima panggilan daripada ‘pegawai’ terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 29 Mei lalu yang mengatakan dia dari…
-
Tiket penerbangan tidak wujud, pemilik syarikat agensi pelancongan didenda RM3,000
PEMILIK syarikat agensi pelancongan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memperdayakan seorang wanita warga tempatan untuk mendapatkan tiket penerbangan ke Korea membabitkan kerugian RM10,200. Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menjatuhkan hukuman itu terhadap wanita warga Korea Selatan, Lee Chorong, 38, yang mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan memperdayakan seorang wanita berusia…