Lelaki bujang bunuh diri akibat ‘phone scam’

0
207

GARA-gara penipuan ‘phone scam’ seorang lelaki bertindak nekad membunuh diri dengan menggantung diri di sebuah kebun durian dekat Jalan Felcra Kerdau, semalam.

Lelaki bujang berusia 43 tahun berkenaan dikatakan mengalami tekanan selepas kerugian kira-kira RM156,000 akibat terperdaya dengan sindiket yang menyamar sebagai syarikat kurier dan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam dan bergegas ke lokasi kejadian, semalam.

“Siasatan awal telah dijalankan di tempat kejadian dan pihak polis mengenal pasti punca gantung diri adalah kerana diperdaya oleh sindiket penipuan ‘phone scam’.

“Modus operandi sindiket berkenaan adalah menyamar sebagai syarikat kurier dan pihak polis yang melibatkan kerugian RM156,000,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Azhar, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan turut dibuka di bawah kategori mati mengejut.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah panik sekiranya menerima apa-apa panggilan telefon yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau daripada mana-mana pihak.

“Semakan perlu dibuat terlebih dahulu dengan agensi-agensi berkaitan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” ujarnya memetik laporan Kosmo!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here