Tag: risiko
-
Semua orang berisiko terkena serangan strok haba-Pakar
STROK haba berisiko untuk terjadi kepada semua orang sekiranya seseorang itu terdedah kepada persekitaran panas melampau, tanpa mengira tahap kesihatan diri seseorang. Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Dr Norlen Ahmad berkata golongan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti, bagaimanpun lebih berisiko mendapat strok haba.…
-
Pencarum perlu sedar risiko mungkir FSA2 KWSP – Ahli ekonomi
PENCARUM perlu sedar berkenaan risiko mungkir sekiranya pembiayaan menggunakan Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dilunaskan dalam masa ditetapkan, kata Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid. “Kemudahan ini lebih berbentuk memberi akses kepada pencarum untuk mendapatkan pembiayaan dalam institusi perbankan dan wang…
-
Tidak perlu ragu dapatkan dos penggalak – pakar
MASYARAKAT tidak perlu berasa ragu untuk mengambil dos penggalak khususnya dos penggalak kedua bagi melindungi diri mereka daripada terdedah daripada bahaya jangkitan COVID-19. Menurut pakar-pakar kesihatan, pengambilan dos penggalak sedia ada iaitu daripada jenis monovalen masih lagi relevan dan merupakan antara instrumen yang berkesan bagi mencegah penularan wabak itu terutama terhadap golongan yang berisiko. Bagi Pakar Perunding Penyakit Berjangkit…
-
Risiko varian lebih bahaya, sistem pemantauan wabak disaran sentiasa diaktifkan
PIHAK berkuasa perlu sentiasa mengaktifkan sistem pemantauan wabak mengambil kira risiko terdedah kepada varian baharu COVID-19 yang lebih berbahaya disebabkan keadaan sempadan antarabangsa yang kini ‘terbuka’. Pakar virologi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Muhammad Amir Yunus, berkata sistem berkenaan boleh membantu dalam mengenal pasti keadaan terkini wabak dalam negara, sekali…
-
22 daerah di 6 negeri berisiko dilanda banjir – JPS
SEBANYAK 22 daerah di enam negeri berisiko dilanda banjir dalam tempoh 12 jam bermula jam 3 petang Sabtu. Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dapatan itu berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS. Berdasarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat oleh…
-
PRU15: Banjir akan berlaku di banyak tempat, kenapa mahu ambil risiko? – MetMalaysia
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sangat tidak menggalakkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada musim monsun timur laut. Timbalan Ketua Pengarah MetMalaysia Hisham Mohd Anip berkata, negara ketika ini sedang mengalami fasa peralihan monsun dan banjir dilihat sudah kerap berlaku di seluruh negara. “Kita di pihak pengurusan bencana tidak galakkan (menjalankan PRU15). Kenapa nak ambil…
-
Pas sedia hadapi risiko tewas PRU-15 meski kekal dalam PN
PAS tidak gentar serta bersedia berdepan risiko sekiranya tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika terus kekal dengan Perikatan Nasional (PN) tanpa gabungan parti lain. Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kesediaan parti itu mengharungi senario itu adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan melalui tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas. Menurut beliau,…
-
Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 juta dalam unit amanah berisiko
BEKAS Pengurus Besar Kumpulan Kewangan (CFO) Felcra memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bahawa Lembaga Pengarah Felcra menyedari keputusan untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad mempunyai risiko. Mohd Azmy Abu Samah, 54, bagaimanapun berkata, beliau memohon cadangan pelaburan itu dipertimbangkan sewaktu membentangkannya pada mesyuarat lembaga pengarah. “Namun, keputusan mengenai…
-
1,474 cerun berisiko dikenal pasti di lima negeri
SEBANYAK 1,474 cerun yang mempunyai tahap bahaya sederhana sehingga sangat tinggi dikenal pasti di lima negeri yang dijangka mungkin terjejas akibat Monsun Timur Laut (MTL). Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata cerun berisiko itu terletak di Jalan Persekutuan kritikal di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan seperti Jalan Persekutuan FT1, FT3, FT4, FT5, FT8,…
-
Kebebasan memilih tidak divaksinasi bukan beerti bebas daripada akibat
Oleh Nina Muslim MALAYSIA semakin menghampiri sasaran 80 peratus penduduknya diberikan imunisasi COVID-19, dan pada masa sama juga kumpulan antivaksin kian lantang menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati mereka. Jika sebelum ini media sosial menjadi platform penyebaran agenda mereka, kini kelompok itu beralih ke saluran lain yang dilihat lebih berkuasa. Mahkamah. Apabila kerajaan melaksanakan langkah lebih tegas dengan mewajibkan vaksinasi sebagai…