Tag: PN
-
Keputusan Umno tanding 3 negeri PN ‘buat malu’, kata Shahidan
KEPUTUSAN Umno bertanding di tiga negeri pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah tindakan sia-sia, kata Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau berkata, tiga negeri tersebut adalah lubuk Perikatan Nasional (PN), justeru walaupun pelbagai formula dibuat, kebarangkalian Umno kalah adalah tinggi kerana pengikut parti itu sendiri sudah beralih arah. “Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah lubuk PN, Umno…
-
Keyakinan Anwar bertentangan realiti semasa-Mas Ermieyati
KEYAKINAN gabungan PH-BN untuk merampas dua negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri bulan depan bertentangan dengan realiti semasa. Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kenyataan itu juga amat longgar dan menimbulkan kemusykilan kerana biasanya ramalan atau jangkaan dibuat berdasarkan undian yang diterima pada pilihan raya yang lepas. “Kalau bercakap…
-
PN minta kerajaan negeri kekalkan lokasi Uptown Pahlawan Walk
KERAJAAN negeri diminta mengekalkan lokasi Uptown Pahlawan Walk di Plaza Mahkota di sini, memandangkan majoriti peniaga terlibat sudah selesa dan yakin terhadap potensi lokasi berkenaan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, kerajaan negeri seharusnya memikirkan soal kebajikan peniaga yang sudah beroperasi sejak 13 tahun lalu di situ. Menurutnya, dalam tempoh tersebut…
-
”Sebaiknya Mukhriz sokong PN kalau tak mahu Melayu berpecah” – Tuan Ibrahim
DATUK Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tiada masalah untuk Perikatan Nasional (PN) bekerjasama dengan Pejuang pada PRN namun menegaskan permintaan mendapatkan kerusi tidak boleh dipenuhi kerana agihannya telah selesai. Timbalan Presiden Pas itu berkata sebaiknya Pejuang yang diketuai bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyokong calon PN sekiranya tidak mahu melihat undi…
-
Tun M setuju tingkatkan sokongan PN – Muhyiddin
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk membantu meningkatkan sokongan orang Melayu terhadap PN dalam pertemuan semalam. Menurut Muhyiddin, beliau dan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berbincang panjang lebar tentang kedudukan dan masa depan orang Melayu tanpa menyentuh Proklamasi Orang Melayu secara khusus. “Semalam saya telah mengadakan pertemuan…
-
‘Orang politik’ kini ada PhD, boleh ketuai GLC jika layak, kata pemimpin Bersatu
SEORANG pemimpin Bersatu mempertahankan perancangan Perikatan Nasional (PN) untuk meneruskan pelantikan orang politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan syarat individu itu berkelayakan. Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris berkata tidak salah melantik seseorang ahli politik mengetuai GLC sekiranya perniagaan atau urusannya berkaitan dengan kepakaran dimiliki individu terbabit. “Orang politik dahulu tidak sama macam masa…
-
Tun M, Muhyiddin bertemu, bincang gerakan Proklamasi Orang Melayu
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bagi merintis kerjasama pada gerakan Proklamasi Orang Melayu. Kedua-dua pemimpin berkenaan mengadakan pertemuan hampir dua jam di rumah Dr Mahathir, di sini, malam tadi. Menurut Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, perjumpaan dua…
-
Ketua Pemuda MIC Selangor pula letak jawatan
KEMELUT dalaman MIC dilihat semakin ‘meruncing’ apabila dua pemimpin meninggalkan parti itu dalam tempoh seminggu. Hari ini, Ketua Pemuda MIC Selangor, P Punithan mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. Peletakan jawatan itu berlaku hanya tiga hari selepas bekas Naib Presiden MIC, Datuk Sivaraaj Chandran yang juga Ahli Dewan Negara keluar daripada parti tersebut. Dalam surat…
-
Program santai dekatkan Muhyiddin dengan orang ramai
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN),Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa lebih satu jam bersama penduduk sekitar Taman Melawati sempena Program Santai bekas perdana menteri itu di DUN Hulu Klang. Meskipun hujan, sambutan daripada penduduk terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu sungguh luar biasa. Program yang berlangsung di Nasi Kandar Deen Bistro itu turut disertai bekas…
-
Mohammad Agus perlu buat kajian di universiti – Annuar
KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff disaran membuat kajian di universiti berhubung kenyataannya yang mendakwa pengundi di Selangor tidak tertarik mengundi Perikatan Nasional (PN). Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, Mohammad Agus perlu membuktikan kajiannya itu terlebih dahulu sebelum mendakwa Selangor mundur…