Tag: PAS
-
Dewan Ulama PAS seru kerajaan pusat contohi Kedah tamatkan operasi judi
DEWAN Ulama PAS menyeru kerajaan persekutuan mengikuti langkah kerajaan Kedah yang tidak memperbaharui lesen judi, menjadikan tiada lagi premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini. Ketuanya Datuk Ahmad Yahaya berkata tidak cukup bagi kerajaan persekutuan sekadar menurunkan cabutan khas nombor ramalan daripada 22 kali kepada lapan kali setahun. “Dewan Ulama PAS…
-
Selamatkan bangsa daripada sikap liberalisme, sosialisme bukan rasis
USAHA mempertahan dan menyelamatkan bangsa Melayu daripada disesat serta dihanyutkan terus oleh fahaman liberal serta sosialis, wajib dilakukan oleh umat Islam tanpa mengira ideologi politik. Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan usaha mempertahan dan menyelamatkan itu bagaimanapun, berbeza dengan sikap asabiyyah atau rasis yang bertentangan dengan Islam. Memetik hadis Rasulullah diriwayatkan…
-
Pas, parti komponen PN tak akan ‘bunuh’ UMNO – Hadi
PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, sejarah berulang kali membuktikan parti itu pernah menyelamatkan UMNO dan menjadi rumah tumpangan terhadap pemimpin yang disingkirkan parti itu. “Pas dan parti-parti komponen dalam PN tidak akan ‘membunuh’ UMNO sepertimana yang diiklankan oleh segelintir pemimpin yang hanya melompat ke pokok yang dilihat akan buahnya sahaja, laksana kera…
-
Ambil iktibar, tangguh kemasukan pelancong China – PAS
PAS mencadangkan kemasukan pelancong dari China ditangguhkan sementara susulan penularan kes baharu Covid-19 di negara itu yang semakin serius. Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin, berkata Malaysia perlu mengambil iktibar daripada penularan wabak pada 2020 apabila tidak melakukan langkah mencegah kemasukan pelancong yang berisiko membawa Covid-19. “Pas menyarankan kerajaan berwaspada dengan penularan kes baharu Covid-19…
-
Kerajaan perpaduan tak bertahan lama jika disertai puak tolak Islam
IDEOLOGI yang memimpin kerajaan perpaduan berasaskan bangsa, ekonomi, sempadan wilayah, kerjasama pertahanan dan keamanan, tidak mampu bertahan lama, kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang. Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak dalam negara, Ahli Parlimen Marang menjelaskan ianya disebabkan kepimpinan tidak boleh mengawal nafsu besar manusia yang tidak dikawal oleh akal dan ilmu yang berpandukan…
-
ADUN Pas persoal larangan terhadapnya beri kuliah di masjid Pahang
SEORANG wakil rakyat Pas di Pahang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa agama negeri itu melarangnya berceramah di sebuah masjid di Jengka, tempat dia aktif bersyarah sejak tiga tahun lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mujibur Rahman Ishak menerusi catatan Facebook beliau bertanya kenapa dirinya disekat daripada memberikan kuliah pengajian agama walhal dia tidak pernah menyentuh…
-
Rafizi tak kemuka penyelesaian isu kenaikan harga makanan – Ketua Penerangan PAS
MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli didakwa belum mengemukakan sebarang penyelesaian baharu dan konkrit mengenai masalah kenaikan harga makanan di negara ini. Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin, berkata pada sidang medianya baru-baru ini, Rafizi juga tidak menyatakan faktor sebenar yang menyumbang kepada masalah itu, sama ada ketiadaan bekalan, kenaikan kos atau peningkatan permintaan. Katanya, Rafizi…
-
Zool Amali, Dayangku Intan sertai PAS
HILANG kepercayaan terhadap kepemimpinan tertinggi UMNO, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin, bertindak meletakkan jawatan dan keluar daripada parti itu dengan menyertai PAS. Turut mengikut jejaknya ialah seramai 50 ahli jawatankuasa dan ahli biasa, khususnya daripada Cawangan UMNO Kampung Rawa Lenggeng. Turut menyertai PAS termasuk penyanyi terkenal era 80-an, Tengku Intan Tengku Abdul…
-
‘Gelombang Hitam’ bukan dari PN
KETUA Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin menafikan dakwaan Perikatan Nasional (PN) di sebalik protes aman “Gelombang Hitam” menjelang usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat minggu depan. “Gelombang Hitam bukan dari PN,” katanya ringkas lapor FMT. Risalah yang tersebar di media sosial menyatakan “Gelombang Hitam” bukannya protes jalanan, sebaliknya protes aman terhadap…
-
Pas Pahang kesal perangai lama kerajaan negeri tak berubah
PAS Pahang membidas sikap kerajaan negeri pimpinan UMNO-DAP yang dilihat tidak mengubah perangai lama dengan melarang fasiliti kerajaan daripada digunakan Perikatan Nasional (PN). Ketua Pembangkang DUN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu kesal dengan tindakan kerajaan negeri membatalkan tempahan Dewan Tun Razak, Temerloh bagi mengadakan majlis kesyukuran dan meraikan petugas PN…