Tag: PAS
-
Ulasan ‘Kabinet bayangan’ PN tak cukup sifat kurang tepat – Pemuda Pas
PERIKATAN Nasional (PN) menyifatkan kenyataan penganalisis politik Universiti Malaya bahawa ‘Kabinet bayangan’ PN tidak cukup sifat dan separuh masak, sebagai kurang tepat. Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, gabungan itu sendiri tidak pernah menamakan ahli Parlimen yang diberi tugas memantau prestasi kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sebagai ‘Kabinet bayangan’. “Saya membaca komen…
-
Pas ‘bersedekah’ tak kira musim
PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini sekali lagi menekankan bahawa amalan “bersedekah” yang dilakukan oleh parti itu bukanlah sesuatu yang aneh, malah ia dilaksanakan secara tidak bermusim. Menurutnya, kerana dididik dengan amalan itu, ada ahli Pas termasuk dalam kalangan wakil rakyatnya menanggung hutang yang banyak ekoran khidmat mereka kepada masyarakat tanpa memilih…
-
PAS Selangor sasar tanding lebih 30 kerusi DUN
PAS Selangor menyasarkan bertanding di lebih 30 kerusi DUN menjelang PRN yang dijangka diadakan sebelum Jun ini. Pesuruhjayanya, Yunus Hairi berkata, hasrat itu sudah disuarakan dalam mesyuarat peringkat awal dengan rakan komponennya, Bersatu. Katanya, PAS menyasarkan kerusi yang mempunyai peratusan pengundi Melayu melebihi 60% dan yakin gelombang Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 lalu masih bersama…
-
Kerjasama BN-PH bukan tandingan PAS di Kelantan
KERJASAMA antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) belum cukup kuat untuk merampas Kelantan daripada PAS, kata seorang penganalisis. Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, gabungan-gabungan itu patut menganggap diri mereka bertuah jika dapat memenangi beberapa kerusi apabila berganding bahu di negeri pantai timur itu. “PH tidak mempunyai pengaruh yang cukup…
-
Pemberian wang kepada pengundi, Pas sedia beri kerjasama
PAS sedia memberi kerjasama kepada agensi berkaitan, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu pemberian wang kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Menurut Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, setakat ini, tiada pemimpin daripada parti itu dipanggil SPRM berhubung isu tersebut. “Saya tak pasti, tetapi saya rasa SPRM akan menjalankan siasatan…
-
‘UMNO akan hilang lebih banyak sokongan pada PRN’ – Mohd. Amar
KEPUTUSAN pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO akan menyebabkan parti itu kehilangan lebih banyak sokongan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. “Tindakan yang dilakukan ini sebenarnya adalah masalah dalaman dalam UMNO, selain ia hak yang ada pada parti untuk mengambil tindakan,” ujar Timbalan Menteri Besar Kelantan…
-
PRN: Pas jumpa pimpinan negeri PH bincang tarikh
PAS akan mengadakan pertemuan bersama pimpinan tiga negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) pada masa sesuai bagi membincangkan tarikh pilihan raya negeri (PRN). Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan menghubungi pimpinan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara berkenaan. “Apabila saya berada di…
-
Pas Selangor terbuka terima Noh, ahli UMNO
PAS Selangor terbuka menerima bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyertai parti itu. Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, meskipun tiada pelawaan secara rasmi daripada Pas setakat ini, namun beliau yakin Noh mampu membantu PN untuk menawan kembali negeri ini. “Konsep naratif politik Pas adalah penyatuan ummah dan kita bersedia untuk…
-
1,000 orang berarak ke Kedutaan Sweden bantah tindakan bakar al-Quran
HAMPIR 1,000 orang hadir berhimpun dan berarak ke Kedutaan Sweden, hari ini bagi mengutuk tindakan pelampau sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar al-Quran, baru-baru ini. Mereka yang hadir berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas selesai solat Jumaat, sambil melaungkan ‘Jahanam Sweden’, ‘Hidup Islam’ dan ‘Bangkit Melayu’. Turut serta dalam himpunan dan perarakan ini adalah Timbalan…
-
Lebih ramai ahli UMNO sertai Pas selepas ‘pembersihan’
LEBIH ramai ahli UMNO khasnya di Negeri Sembilan dijangka akan menyertai Pas terutamanya selepas tindakan ‘pembersihan’ besar-besaran yang akan dilakukan terhadap ahlinya. Menurut Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha, pihaknya bukan mahu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku tetapi bersedia menerima sesiapa saja yang berhasrat bersama perjuangan Pas. Malah katanya, terdapat beberapa ahli UMNO di…