Tag: Parlimen
-
Parlimen: penggulungan RMK12 bermula hari ini
HARI ini bermula sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat oleh kementerian-kementerian selepas rancangan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025 itu dibahaskan di Parlimen. Sebanyak 106 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan RMK12 selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September. Antara isu dibangkitkan…
-
2.9 juta pekerja dibela – Saravanan
KERAJAAN berjaya membela nasib lebih 2.9 juta pekerja daripada risiko diberhentikan kerja sepanjang pandemik Covid-19. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, selain itu lebih 300,000 syarikat di negara ini dibantu untuk mengelak ‘gulung tikar’ menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk Program Subsidi Upah (PSU). Katanya, di bawah PSU kerajaan menyediakan peruntukan RM18 bilion bagi…
-
7,795 ditahan kes judi nombor ekor
POLIS melakukan sebanyak 7,374 serbuan ke atas kegiatan judi nombor ekor 4D tanpa lesen di seluruh negara, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata daripada jumlah serbuan itu, seramai 7,795 individu telah ditahan sejak 1 Januari sehingga 31 Ogos lalu. “Dari 1 Januari hingga 31 Ogos…
-
KPM janji selesaikan segera isu kekurangan guru Pendidikan Islam
MASALAH kekurangan guru Pendidikan Islam di seluruh negara akan diberi perhatian segera oleh Kementerian Pendidikan (KPM), dan kini sedang melaksanakan pelbagai usaha bagi menangani isu berkenaan. Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin, berkata ini kerana negara hanya mempunyai 40,713 guru subjek itu bagi sekolah rendah dan 16,024 lagi di sekolah menengah ketika ini. “KPM…
-
Jumlah individu hilang pekerjaan antara fokus Dewan Rakyat hari ini
JUMLAH individu yang kehilangan pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan yang akan diajukan Su Keong Siong (PH-Kampar) kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Su turut bertanya mengenai langkah kerajaan…
-
LKAN: Tiada syarat ‘Surat Akuan Kelakuan Baik’ dalam program MM2H, risiko keselamatan negara
KETIADAAN syarat keperluan Letter of Good Conduct (LOGC) untuk mengesahkan tanggungan yang dibawa peserta Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) adalah bebas daripada salah laku jenayah, menimbulkan risiko keselamatan negara. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri Dua, pengurusan program MM2H juga didapati kurang cekap dan kurang berkesan dengan ketiadaan pangkalan data secara bersepadu dan kelemahan kawalan dalaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).…
-
LKAN 2019 Siri 2: 17 pengauditan, 62 syor penambahbaikan
SEBANYAK 17 pengauditan prestasi bernilai RM90.635 bilion dilaksanakan sempena Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2 melibatkan program, aktiviti dan projek di 13 kementerian dan 62 syor dikemukakan terhadap aktiviti kementerian, jabatan dan agensi Persekutuan bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil. Jabatan Audit Negara (JAN) juga telah menjalankan pengauditan prestasi terhadap 21 program, aktiviti dan projek yang…
-
Tiada arahan warga emas pulangkan lesen memandu
KEMENTERIAN Pengangkutan tidak pernah mengeluarkan arahan atau berhajat uuntuk mensyaratkan warga emas berusia lebih 70 tahun untuk mengembalikan lesen memandu, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata, kompetensi (memandu) adalah bukan berdasarkan faktor umur dan banyak sebab yang menentukan kemalangan jalan raya. “Kompetensi (memandu) adalah berlainan. Macam YB Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) beliau dapat…
-
Kes kemalangan pemandu lawan arus bakal jadi tumpuan Dewan Rakyat
STATISTIK kemalangan jalan raya melibatkan kesalahan pemanduan melawan arus serta langkah dilaksanakan kerajaan untuk membendungnya antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan Menteri yang akan diajukan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) kepada Menteri Pengangkutan. Turut terkandung dalam sesi itu adalah soalan Anthony Loke Siew Fong (PH-Seremban) kepada…
-
Lebih sejuta usahawan dapat manfaat GKP RM6.08 bilion
SEBANYAK RM6.08 bilion sudah dimanfaatkan oleh lebih sejuta usahawan mikro melalui empat siri bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) sejak wabak COVID-19 melanda negara. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu, bagi pembayaran terkini iaitu GKP 4.0 membabitkan implikasi kewangan RM1 bilion, yang mana bayaran RM500 bagi fasa pertama dikreditkan…