KPM janji selesaikan segera isu kekurangan guru Pendidikan Islam

0
846

MASALAH kekurangan guru Pendidikan Islam di seluruh negara akan diberi perhatian segera oleh Kementerian Pendidikan (KPM), dan kini sedang melaksanakan pelbagai usaha bagi menangani isu berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin, berkata ini kerana negara hanya mempunyai 40,713 guru subjek itu bagi sekolah rendah dan 16,024 lagi di sekolah menengah ketika ini.

“KPM faham mengenai kekurangan guru agama di seluruh negara. Kami sentiasa berusaha menambah bilangan guru ini.

“Sebagai contoh di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kami berbincang untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Islam ke arah membantu menambah bilangan guru agama di Sabah.

“Justeru, saya merasakan kita boleh berbincang mengenai perkara serupa di semua negeri. Kita akan mencari jalan sesuai untuk berbincang dengan semua institusi pendidikan, termasuk universiti tempatan, untuk melahirkan lebih ramai guru agama yang kompeten,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai usaha kerajaan untuk menangani masalah kekurangan guru Pendidikan Islam di seluruh negara. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here