Tag: nelayan
-
Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang
TIGA nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di Bachok, dikhuatiri hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal. Isteri seorang daripada mangsa, Nik Suliana Bikri Kamal, 41, berkata suaminya Rohaimi Ahmad, 47, anak mereka Nik Muhamad Shafiq Abdul Hafiz, 21, dan kawannya Amir Zulfikar Che Wil, 29, keluar dari…
-
Pegawai APMM Terengganu cedera ditetak nelayan Vietnam
SEORANG pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu cedera parah di kepala selepas ditetak dengan parang oleh nelayan Vietnam, kira-kira 11.30 pagi tadi. Kejadian itu berlaku ketika mangsa, Leftenan Muda Maritim Shakir Zufayri Azizul, 27, sedang menjalankan operasi di perairan bersama 18 lagi pegawai serta anggota APMM di lokasi 148 batu nautika dari Kuala Terengganu.…
-
Nelayan dipercayai dibaham buaya selepas bot terbalik
SEKURANG-kurangnya seorang nelayan dikhuatiri dibaham buaya selepas bot dinaiki terbalik di pantai Kampung Makuau, Tungku, di Lahad Datu, Jumaat malam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada jam 10.28 malam. Jelasnya, jumlah sebenar mangsa yang…
-
Awak-awak warga Thailand dikhuatiri lemas dekat Pulau Bidan, Yan
SEORANG awak-awak warga Thailand dikhuatiri lemas ketika sedang memukat bilis di kedudukan 1.8 batu nautika barat daya Pulau Bidan, Yan, petang semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata mangsa Donbagee Tingsa, 33, dipercayai terjatuh dari bot pada pukul 2.25 petang sebelum Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan Operasi Mencari dan…
-
Pengakuan JAS sudah cukup untuk hentikan projek PSI, kata NGO
SEBUAH kumpulan alam sekitar berkata pengakuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bahawa projek penambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) akan menyebabkan “kerosakan yang tidak dapat dipulihkan” kepada ekosistem sepatutnya menjadi alasan yang cukup baik untuk menghentikannya. Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkata bekas ketua pengarah jabatan itu juga memberi amaran bahawa projek terbabit akan merosakkan kawasan perikanan, pendaratan…
-
Nelayan cucuk mata buaya bagi selamatkan diri ketika menjala udang
TINDAKAN berani mencucuk mata buaya menyelamatkan nyawa seorang nelayan selepas diserang reptilia ganas itu ketika menjala udang di kawasan pintu air Kampung Sungai Buloh di Sebong Jaya, kelmarin. Shahril Saupi, 36, yang berasal dari Kampung Rangawan berkata, dia bersyukur kerana masih selamat dan hanya cedera di betis kiri dan perut dalam kejadian itu. “Saya turun…
-
Nelayan Pulau Pinang kecewa tak dipedulikan Perdana Menteri
PERSATUAN Nelayan Pulau Pinang (PEN Mutiara) melahirkan rasa kecewa kerana usaha mereka untuk berjumpa Perdana Menteri bagi membincangkan isu Projek Pulau Pinang Selatan (PSI), tidak ‘dilayan’. Pengerusinya, Ibrahim Che Ros, berkata pihaknya sudah menghantar dua surat kepada pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengadakan mesyuarat PSI, akhir tahun lalu dan menjemputnya ke majlis berbuka puasa,…
-
Bot karam di perairan Sarawak, bapa temu mayat anak
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan mayat seorang nelayan tempatan, Wong Pak Wei, 30, yang dilaporkan hilang pada Isnin lepas susulan bot dinaikinya karam di laut berdekatan Tanjung Jerijih, kira-kira 477 kilometer (km) ke utara dari Kuching pagi tadi. Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Manis Gilbert Tinggak Numpang berkata Maritim Rescue Sub Center (MRSC) Kuching menerima panggilan daripada…
-
APMM tahan 25 bot nelayan ceroboh, tangkap siput retak seribu
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis membuat 25 tangkapan di bawah Akta Perikanan 1985 sepanjang 2022 bagi membendung pencerobohan bot nelayan Thailand dan negeri lain yang membuat tangkapan siput retak seribu di perairan negeri ini. Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Razali Saad berkata daripada 25 bot yang ditahan itu, 10…
-
APMM tahan bot tempatan dikendali lima warga Myanmar
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan lima lelaki warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan diri, pada kedudukan 27 batu nautika barat laut Pulau Kendi, Georgetown semalam. Pengarahnya Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata pihaknya yang sedang menjalankan rondaan, telah mengesan bot nelayan kelas C sedang menangkap…