Nelayan dipercayai dibaham buaya selepas bot terbalik

0
139

SEKURANG-kurangnya seorang nelayan dikhuatiri dibaham buaya selepas bot dinaiki terbalik di pantai Kampung Makuau, Tungku, di Lahad Datu, Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada jam 10.28 malam.

Jelasnya, jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam kejadian itu belum dapat disahkan.

“Menurut saksi di tempat kejadian, dia terdengar suara orang meminta tolong dari arah pantai.

“Apabila pengadu keluar dan menyuluh lampu ke arah pantai, dia ternampak sebuah bot telah terbalik dan kelihatan seekor buaya melibaskan ekornya.

“Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah,” katanya, lapor Astro AWANI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here