Tag: Meninggal dunia
-
Pelawak Pian Cecupak meninggal dunia
PELAWAK, Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman, 52, meninggal dunia pada 11 malam tadi, di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul di ibu negara. Berita pemergian pelawak berkenaan disahkan oleh adiknya Hasnah ketika dihubungi Bernama. “Allahyarham jatuh di dalam bilik air. Jenazah akan dikebumikan sebelum solat zuhur esok (hari ini),” katanya. Sementara…
-
Suami isteri pilu terima skrol arwah anak di konvokesyen UMT
KEMERIAHAN Majlis Konvokesyen Ke-18 (Siri Dua) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini bertukar pilu seketika apabila sepasang suami isteri mewakili anak lelaki yang meninggal dunia akibat kemalangan pada September 2020, untuk menerima skrol ijazah, hari ini. Suasana sedih menyelubungi dewan apabila hadiri sama-sama berdiri bagi menyedekahkan bacaan surah al-Fatihah ketika Adnan Endut, 57 dan isterinya…
-
Gmie Screen meninggal dunia akibat masalah buah pinggang
BERITA duka diterima diterima oleh industri seni tanah air apabila penyanyi Gmie Screen, 50 tahun, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 pagi tadi. Allahyarham yang sudah dua tahun menghadapi masalah buah pinggang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, ketika mendapatkan rawatan di sana. Menurut anak sulung arwah, Siti Hadirah berkata, bapanya itu…
-
Bayi dalam keadaan lemah di rumah pengasuh, meninggal dunia di HTJ
SEORANG bayi perempuan berusia empat bulan ditemukan dalam keadaan lemah di rumah pengasuhnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, di sini sebelum meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, (HTJ) di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata berdasarkan maklumat awal, ibu mangsa, 24 tahun mendapat panggilan telefon daripada pengasuhnya pada jam 4.40 petang memaklumkan keadaan…
-
2 meninggal dunia akibat jangkitan JE di Kota Setar
Oleh RIZQI ZABIDI JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan dua kes jangkitan Japanese Encephalitis (JE) di daerah Kota Setar pada 18 dan 25 November lalu dengan kedua-duanya menyebabkan kematian kepada pesakit. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, kematian dua individu tersebut yang tidak dinyatakan umur serta butirannya, menjadikan secara keseluruhannya terdapat tiga kematian akibat penyakit itu di…
-
PRN Melaka: Penyandang DUN Asahan meninggal dunia
PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia tengah hari tadi. Allahyarham yang juga EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri meninggal dunia di Hospital Melaka di sini, kira-kira jam 1.05 tengah hari. Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustafa Musa ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Abdul Ghafaar…
-
Bekas atlet menembak negara meninggal dunia
ARENA sukan negara kehilangan seorang bekas atlet penembak negara, Muslifah Zulkifli yang meninggal dunia pagi tadi. Berita pemergian arwah dikongsi Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi akaun media sosial mereka, hari ini. “Dimaklumkan Muslifah Zulkifli (bekas atlet menembak kebangsaan) baru saja meninggal dunia pagi ini. “Takziah kepada keluarga beliau dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan…
-
Ketua Skuad Harimau – Tan Sri JJ Raj meninggal dunia
BEKAS Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri JJ Raj (Jr) meninggal dunia pada usia 100 tahun awal pagi ini. Mendiang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Ara Damansara kira-kira jam 1.55 pagi tadi akibat serangan jantung. Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah…
-
‘Saya kehilangan seorang sahabat baik’- Muhyiddin
PENGERUSI Parti Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa sedih dan hiba setelah menerima berita pemergian Tan Sri Datuk Dr. James Jemut Masing hari ini. Menerusi satu kenyataan hari ini, Muhyiddin berkata, segala jasa dan bakti mendiang kepada negara dan negeri Sarawak khususnya, tidak terhitung nilainya serta menyifatkan kehilangannya amat dirasai. Menurut beliau,…
-
Abang Jo sedih pemergian Masing, kehilangan besar buat Sarawak
PEMERGIAN Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang disahkan meninggal dunia pagi tadi, adalah satu kehilangan besar buat negeri itu. Dukacita dengan berita itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang kelihatan sebak ketika ditemui pemberita di Lawas, meluahkan rasa sedih dan mengakui pemergian rakan seperjuangannya itu memberi…