Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bayi dalam keadaan lemah di rumah pengasuh, meninggal dunia di HTJ -

Bayi dalam keadaan lemah di rumah pengasuh, meninggal dunia di HTJ

SEORANG bayi perempuan berusia empat bulan ditemukan dalam keadaan lemah di rumah pengasuhnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, di sini sebelum meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, (HTJ) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata berdasarkan maklumat awal, ibu mangsa, 24 tahun mendapat panggilan telefon daripada pengasuhnya pada jam 4.40 petang memaklumkan keadaan anaknya sangat lemah dan diminta segera ke rumahnya.

“Sebaik tiba, ibunya mendapati kedaaan kulit wajah anaknya pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya. Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ untuk mendapatkan rawatan dan diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Nanda berkata kira-kira 30 minit kemudian, petugas hospital berkenaan memaklumkan bahawa bayi itu gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Katanya punca kematian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan keputusan bedah siasat diperoleh. – BERNAMA