[VIDEO] Sudahlah kecewa cinta ditolak, dicekup polis pula

0
299

MALANG nasib seorang lelaki kerana sudahlah kecewa akibat cinta tidak berbalas, dicekup polis pula kerana membakar sebuah kereta ekoran kekecewaannya itu.

Cinta bertepuk sebelah tangan punca lelaki mengamuk lalu membakar kereta milik seorang wanita dalam kejadian di Pangsapuri Seri Pagi, Taman Bukit Serdang, Selangor, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan, kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 pagi ketika mangsa berada di rumah.

“Hasiil penelitian dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di lokasi, pasukan serbuan dari bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang telah berjaya menahan seorang lelaki berumur 29 tahun di kawasan Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

“Semakan rekod jenayah terhadap lelaki tersebut mendapati tiada rekod jenayah lampau dijumpai, hasil ujian saringan awal air kencing juga negatif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya  dengan cadangan tuduh dalam masa terdekat.

Tambah beliau, kejadian itu disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana perhubungan cintanya dengan pengadu ditolak sejak 10 tahun yang lalu.

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here