Gmie Screen meninggal dunia akibat masalah buah pinggang

0
410

BERITA duka diterima diterima oleh industri seni tanah air apabila penyanyi Gmie Screen, 50 tahun, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Allahyarham yang sudah dua tahun menghadapi masalah buah pinggang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, ketika mendapatkan rawatan di sana.

Menurut anak sulung arwah, Siti Hadirah berkata, bapanya itu pengsan akibat kekurangan darah dan mereka segera membawanya ke hospital.

“Beberapa hari sebelum ini abah memang sudah tiada selera makan dan kurang sihat. Jadi, kami putuskan bawa abah ke hospital. Ketika dirawat, abah masih stabil.

“Kami sempat buat panggilan video dengannya. Bagaimanapun, pada jam 1.30 pagi tadi, hospital hubungi dan maklumkan abah kritikal sebelum menutup mata tinggalkan kami,” katanya.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Jamiatul Islamiah, Kampung Medan, Petaling Jaya sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.

Gmie atau nama sebenar, Hajmi Ibrahim meninggalkan isteri, Siti Royani Gumari dan lima cahaya mata.

Sepanjang bergelar anak seni, arwah popular bersama kumpulan Screen dengan rangkaian lagu-lagu seperti Bila Cinta Di Dusta, Tak Suka Tak Apa dan banyak lagi.

Pada tahun 2016, nama Gmie kembali popular apabila menyertai Gegar Vaganza musim ketiga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here