PRN Melaka: Penyandang DUN Asahan meninggal dunia

0
325

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarham yang juga EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri meninggal dunia di Hospital Melaka di sini, kira-kira jam 1.05 tengah hari.

Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustafa Musa ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Abdul Ghafaar sebelum ini dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Melaka selepas dijangkiti COVID-19. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here