Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
letak jawatan Archives -

Tag: letak jawatan

  • Pemimpin pemuda DAP letak jawatan, bidas ‘maharaja’ dalam parti

    Pemimpin pemuda DAP letak jawatan, bidas ‘maharaja’ dalam parti

    KEMELUT DAP Pulau Pinang belum reda, terbaharu seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri, M. Kogilan mengumumkan keluar dari parti berkuat kuasa serta-merta. Sebelum ini DAP Pulau Pinang sudah bergolak susulan beberapa penyandang calon yang digugurkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), malah terdapat bekas pemimpin yang mula memboikot parti tersebut. Kogilan yang…

  • Nilai ringgit jatuh, PN desak Rafizi letak jawatan

    Nilai ringgit jatuh, PN desak Rafizi letak jawatan

    PERIKATAN Nasional (PN) mendesak Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli meletakkan jawatan selepas dikatakan gagal mengatasi masalah kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) serta ekonomi negara ketika ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keadaan nilai mata wang jatuh itu dipercayai berikutan tidak ada polisi yang dibuat untuk kepentingan rakyat. Beliau yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional…

  • Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda, terima keputusan JPM

    Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda, terima keputusan JPM

    PENGERUSI Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Idris Jusoh mengesahkan pengunduran beliau daripada jawatan berkenaan berkuat kuasa 30 Jun ini. Menerusi laman Facebooknya, bekas Menteri Pendidikan Tinggi itu menjelaskan, beliau menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti baharu. Idris dalam kenyataannya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

  • Ka Siong letak jawatan Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru

    Ka Siong letak jawatan Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru

    PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru dan tidak akan bertanding untuk mempertahankannya dalam pemilihan parti kali ini. Perkara itu diumumkan oleh beliau menerusi laman Facebook miliknya pada Ahad. Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, beliau menyerahkan baton kepada pengerusi yang baru dipilih oleh ahli parti…

  • Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan, dakwa dijadikan ‘boneka’

    Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan, dakwa dijadikan ‘boneka’

    TIDAK sampai 48 jam memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini. Menurut beliau yang menang jawatan berkenaan tanpa bertanding pada Pemilihan UMNO Penggal 2023-2026 Sabtu lalu, tindakan berkenaan diambil susulan dirinya dinafikan hak atas jawatan terbabit bagi membuat beberapa keputusan…

  • Muhyiddin tak perlu letak jawatan, kata pemimpin Bersatu

    Muhyiddin tak perlu letak jawatan, kata pemimpin Bersatu

    KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu meletakkan jawatan selaku presiden parti itu walaupun dijangka didakwa di mahkamah esok. Beliau percaya pimpinan Bersatu tidak akan bersetuju jika Muhyiddin ingin meletak jawatan. “Tak munasabah untuk beliau letak jawatan. Kalau beliau nak letak jawatan pun kita tak setuju. Ini tuduhan politik,”…

  • Peletakan jawatan Wan Saiful tanda bertanggungjawab, bukan seperti ‘sebelah sana

    Peletakan jawatan Wan Saiful tanda bertanggungjawab, bukan seperti ‘sebelah sana

    KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan peletakan jawatan Datuk Wan Saiful Wan Jan selaku Ketua Penerangan Bersatu sebagai langkah tepat. Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas berkata, langkah diambil Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu sebagai tanda bertanggungjawab walaupun beliau baru sahaja didakwa di mahkamah. Katanya tanpa merujuk mana-mana pihak, pendekatan itu sama…

  • Muqharabbin letak jawatan Exco Pemuda UMNO

    Muqharabbin letak jawatan Exco Pemuda UMNO

    DATUK Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin melepaskan jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai berkuat kuasa serta-merta. Katanya, surat secara rasmi mengenai perkara itu akan diserahkan kepada pimpinan UMNO pada minggu ini. Tegasnya, tiada guna beliau sebagai anak muda terus berada di dalam parti UMNO kerana mendakwa parti itu dipimpin individu…

  • 5 ADUN Sabah desak Bung Moktar letak jawatan

    5 ADUN Sabah desak Bung Moktar letak jawatan

    LIMA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mendesak supaya Datuk Seri Bung Moktar Radin meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dengan serta-merta. Desakan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang diketuai ADUN Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya bersama ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya; ADUN Sugut, Datuk James Ratib; ADUN…

  • Khairuddin letak jawatan, tak yakin dengan Mukhriz

    Khairuddin letak jawatan, tak yakin dengan Mukhriz

    KETUA Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan peletakan jawatannya, berkuat kuasa serta-merta. Katanya, peletakan jawatan itu selepas hilang keyakinan dengan kepemimpinan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir susulan peletakan jawatan bekas Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad, diterima parti itu, 15 Disember lalu. “Mukhriz tidak mempunyai kualiti kepemimpinan seperti…