Tag: kerajaan perpaduan

  • MIC dakwa Dewan Tertinggi BN tidak luluskan syarat MoU Kerajaan Perpaduan

    MIC dakwa Dewan Tertinggi BN tidak luluskan syarat MoU Kerajaan Perpaduan

    PARTI komponen dalam Barisan Nasional (BN), MIC mendakwa, syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan tidak pernah dibincangkan mahupun dipersetujui Dewan Tertinggi BN. Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran berkata, selepas mesyuarat terakhir pada 22 November lalu, Dewan Tertinggi BN tidak pernah memanggil sebarang mesyuarat untuk membuat keputusan secara…

  • Sah atau tidak? Peguam berbeza pandangan

    Sah atau tidak? Peguam berbeza pandangan

    PERJANJIAN persefahaman kerjasama yang dimeterai Pakatan Harapan (PH) dengan gabungan parti yang menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengundang reaksi berbeza daripada pengamal undang-undang. Peguam, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir, menyifatkan perjanjian terbabit sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan. Katanya, tiada terma “perjanjian” yang bercanggah dengan Perlembagaan…

  • MoU sokong Kerajaan Anwar cetus persoalan perundangan, Perlembagaan

    MoU sokong Kerajaan Anwar cetus persoalan perundangan, Perlembagaan

    MEMORANDUM persefahaman (MoU) yang ditandatangani pemimpin-pemimpin parti bagi memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal berkuasa semalam boleh disifatkan sebagai melanggar undang-undang dan tidak selari dengan Perlembagaan, di mana seorang peguam memberi amaran mereka boleh disiasat berkait jenayah kerana memaksa ahli Parlimen dalam pengundian di Dewan Rakyat. Haniff Khatri Abdulla berkata klausa dalam MoU…

  • Permulaan permerintahan ‘ala diktator’, Mas Ermieyati kecam MoU Kerajaan Perpaduan

    Permulaan permerintahan ‘ala diktator’, Mas Ermieyati kecam MoU Kerajaan Perpaduan

    Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengecam perjanjian persefahaman (MoU) kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menyifatkannya sebagai satu permulaan kepada pemerintahan ‘ala diktator’. Beliau menyatakan mengenai syarat dalam MoU itu iaitu semua Ahli Parlimen wajib menyokong perdana menteri dalam mana-mana usul kepercayaan…

  • Pemimpin perlu fokus bantu rakyat bukan cari silap parti lawan – Shahidan

    Pemimpin perlu fokus bantu rakyat bukan cari silap parti lawan – Shahidan

    KERAJAAN pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta terus fokus bekerja untuk membantu rakyat bagi menangani kos sara hidup dan bukannya mencari kesalahan parti lawan. Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan dan sikap pemimpin politik dalam kerajaan yang berterusan mencari kesilapan parti lawan dilihat seperti parti pembangkang. “Isu rakyat banyak, kami akan membantu…

  • MIC tidak akan terima jawatan Timbalan Menteri

    MIC tidak akan terima jawatan Timbalan Menteri

    MIC tidak akan menerima jawatan Timbalan Menteri yang berperanan membantu Kabinet Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agungnya,  R.T. Rajasekaran. Beliau berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MIC pada hari ini, selain menghormati pilihan pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “MIC mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. MIC juga merakamkan sokongan…

  • Apa yang pelik dengan kerajaan Anwar-Zahid

    Apa yang pelik dengan kerajaan Anwar-Zahid

    Oleh MOHD AZAM MOHD ATAN SEMUA sedia maklum yang rakyat ketika ini menghadapi masalah telur di pasaran yang berlanjutan dalam tempoh agak lama. Dengan tertubuhnya kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi, rakyat pada mulanya ingat bekalan akan pulih kerana Anwar mengumumkan bekalan kembali stabil selepas beliau mengangkat sumpah. Rupa-rupanya ia tidak berlaku seperti diperkatakan…

  • Tengku Zafrul di Qatar, tak hadir Mesyuarat Khas Kabinet

    Tengku Zafrul di Qatar, tak hadir Mesyuarat Khas Kabinet

    HANYA Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tidak menghadiri mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Isnin. Sumber memberitahu BH Online, menteri berkenaan mempunyai urusan di Qatar, tetapi tidak mengulas lanjut sama ada ia membabitkan urusan kerajaan atau persendirian. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas…

  • Kabinet balas budi sesama rakan – PN Melaka

    Kabinet balas budi sesama rakan – PN Melaka

    PERIKATAN Nasional (PN) Melaka menyifatkan pembentukan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang selesai mengangkat sumpah di Istana Negara, Kuala Lumpur Sabtu lalu sebagai Kabinet membalas budi sesama rakan. Yang Dipertua Pas Kawasan Jasin, Datuk Kamarudin Sidek turut mempersoalkan kepentingan di sebalik pelantikan beberapa pemimpin yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai menteri, sedangkan individu…

  • Usah hirau desakan keluar CPTPP -Bersatu 

    Usah hirau desakan keluar CPTPP -Bersatu 

    PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kerajaan menolak desakan untuk menarik diri dari Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang lantang disuarakan oleh beberapa kumpulan baru-baru ini.  Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pentadbiran negara mestilah berdasarkan fakta serta kajian dan bukannya berdasarkan ideologi kiri anti-perdagangan yang dianuti oleh mana-mana kumpulan…