Tag: Johor
-
Video tular ribuan masuki Malaysia melalui CIQ Johor Bahru palsu: Polis
VIDEO tular yang menunjukkan ribuan orang memasuki negara ini melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, adalah palsu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, video berdurasi 17 saat yang tular di media sosial itu tidak diambil pada Khamis (17 November 2022) seperti yang…
-
Banjir kilat di Kampung Laut Skudai
KIRA-kira 20 rumah di Kampung Laut Skudai, Johor, dilanda banjir kilat petang tadi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) menerusi suatu kenyataan berkata, setakat ini belum ada lagi penduduk terjejas banjir kilat yang menyebabkan rumah mereka dinaiki air kira-kira 1.5 meter dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) “Seramai empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta…
-
Mangsa banjir meningkat 2,940 di 6 negeri
JUMLAH mangsa banjir di beberapa negeri iaitu Johor, Kelantan, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Perak dilaporkan meningkat kepada 2,940 sehingga jam 10 pagi tadi. Menurut laporan terkini di Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 31 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 914 keluarga di enam negeri berkenaan, lapor Berita Harian. Bilangan mangsa tertinggi…
-
Mangsa banjir di Kelantan,Johor,Perak meningkat,jumlah terkini 2,633 mangsa
JUMLAH mangsa banjir di Kelantan, Johor dan Perak merekodkan peningkatan pagi ini, Selangor dan Pulau Pinang pula menunjukkan penurunan manakala Melaka kekal dengan 41 orang. Jumlah terkini mangsa di enam negeri yang terjejas akibat banjir itu adalah seramai 2,633 orang. Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tangkak dalam kenyataan memaklumkan Tangkak menjadi daerah terbaharu…
-
Tsunami tolak BN, PH bakal landa dari Utara ke Selatan – Muhyiddin
KEBANGKITAN rakyat dalam menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk sebuah kerajaan Prihatin, Bersih dan Stabil, semakin memuncak dengan tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya berbaki sembilan hari lagi, sebelum pembuangan undi 19 November ini. Gelombang sokongan kepada parti itu dilihat sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang puluhan tahun berpengalaman dalam dunia politik tanah…
-
4 negeri berisiko banjir kilat dalam tempoh 12 jam
PUSAT Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran, mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan berlaku banjir kilat membabitkan enam daerah di empat negeri. Menurut notis itu, berdasarkan ramalan hujan daripada model ‘Numerical Weather Prediction’ (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS), negeri berkenaan ialah Pahang, Selangor, Johor…
-
PRU-15: Hujan lebat berterusan, Tebrau dilanda banjir kilat
BEBERAPA kawasan di Johor mula dinaiki air susulan hujan lebat secara berterusan sejak jam 4.30 petang Isnin. Antara kawasan yang mula dilanda banjir kilat ialah di Sanctuary Garden, Tebrau dan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor mengakibatkan beberapa kenderaan turut ditenggelami air. Menurut laporan Astro AWANI, beberapa kenderaan peribadi milik penduduk di kawasan terlibat tidak…
-
Banjir landa JB, satu PPS dibuka
HUJAN lebat lebih dua jam pada 7 malam tadi menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor melibatkan daerah Johor Bahru. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkah ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air. “Kesemua mangsa dari Kampung Paya Kenangan di sini…
-
Satu PPS dibuka, mangsa banjir di Johor meningkat
SATU pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom dibuka semalam menjadikan mangsa banjir kilat di Johor meningkat kepada 29 orang setakat 8 pagi ini berbanding 22 orang malam tadi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu PPS yang mula beroperasi pada 4 petang itu menempatkan 19 orang…
-
Pemilik premis tentukan pemakaian pelitup muka
PEMILIK premis dalam bangunan di negeri Johor dibenarkan untuk menentukan protokol pemakaian pelitup muka di premis mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon bagaimanapun berkata kerajaan negeri amat menggalakkan pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutama apabila berada di lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, stadium, gedung beli-belah dan rumah ibadah. Beliau juga berkata…