Mangsa banjir meningkat 2,940 di 6 negeri

0
156

JUMLAH mangsa banjir di beberapa negeri iaitu Johor, Kelantan, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Perak dilaporkan meningkat kepada 2,940 sehingga jam 10 pagi tadi.

Menurut laporan terkini di Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 31 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 914 keluarga di enam negeri berkenaan, lapor Berita Harian.

Bilangan mangsa tertinggi adalah di Kelantan dengan 1,969 orang terdiri daripada 653 keluarga.

Ia membabitkan 630 mangsa lelaki, wanita (666), kanak-kanak (603), bayi (70), warga emas (101) dan tujuh orang kurang upaya (OKU).

Manakala di Johor, seramai 319 mangsa banjir ditempatkan di lapan PPS yang membabitkan 73 keluarga, dengan 118 daripada lelaki dewasa, wanita (114), kanak-kanak (76), bayi (11),warga emas (16) dan empat OKU, setakat 8.40 pagi tadi.

Di Selangor pula, seramai 182 mangsa banjir dipindahkan ke enam PPS yang membabitkan 53 keluarga, iaitu seramai 57 mangsa lelaki, wanita (63), kanak-kanak (54), lapan bayi,warga emas (17) dan empat OKU, sehingga 6.50 pagi tadi.

Sementara itu di Melaka, dua PPS dibuka yang menempatkan 42 mangsa daripada 12 keluarga, iaitu membabitkan 11 mangsa lelaki, wanita (16), kanak-kanak (15), lapan warga emas dan seorang mangsa OKU, setakat 8.40 pagi tadi.

Manakala di Pulau Pinang, sehingga 8.12 pagi tadi, satu PPS dibuka yang menempatkan 139 mangsa daripada 40 keluarga, yang membabitkan 23 mangsa lelaki, wanita (47), kanak-kanak (67) dan enam bayi.

Di Perak, enam PPS dibuka dengan menempatkan 289 mangsa banjir daripada 83 keluarga setakat jam 9.30 pagi tadi. Ia membabitkan 83 mangsa lelaki, wanita (96), kanak-kanak (105), lima bayi, warga emas (33) dan tujuh OKU.

Dalam perkembangan sama, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam hantaran di Twitter hari ini memaklumkan dua sungai di Sarawak melepasi tahap bahaya, iaitu bacaan di Long Jegan dan Marudi di daerah Miri, setakat jam 9 pagi tadi.

Turut melepasi tahap bahaya ialah di Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru; Rantau Panjang, Pasir Mas (Kelantan) dan dua sungai di Melaka, iaitu Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah dan Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah.

NADMA turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan penunjuk bacaan paras air dan bacaan keamatan (kelebatan) hujan di kawasan sekitar melalui aplikasi atau laman sesawang Public InfoBanjir http://publicinfobanjir.water.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here