Video tular ribuan masuki Malaysia melalui CIQ Johor Bahru palsu: Polis

0
72

VIDEO tular yang menunjukkan ribuan orang memasuki negara ini melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, video berdurasi 17 saat yang tular di media sosial itu tidak diambil pada Khamis (17 November 2022) seperti yang didakwa.

“Tiada peningkatan mendadak atau luar biasa dalam bilangan kemasukan di CIQ pada Khamis.

“Video itu dipercayai rakaman lama yang dimainkan semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini menurut laporan AgendaDaily.

Beliau menambah, jumlah orang yang memasuki Malaysia tidak lebih daripada 2,000 pada Khamis.

“Kami menggesa orang ramai supaya berhenti menyebarkan video berkenaan yang boleh menimbulkan keresahan kepada orang lain,” katanya.

Terdahulu, video orang ramai yang memasuki CIQ tular di media sosial, menunjukkan terdapat sebilangan besar rakyat Malaysia pulang dari Singapura untuk mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini (19 November 2022) sebagai hari mengundi PRU-15.

Seramai 21,173,638 pemilih layak membuang undi dalam PRU-15 kali ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here