Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
JAWI Archives -

Tag: JAWI

  • Bacaan ayat suci al-Quran pada majlis pecah tanah disiasat

    Bacaan ayat suci al-Quran pada majlis pecah tanah disiasat

    JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyiasat dakwaan tular orang Islam membacakan ayat suci al-Quran pada program pecah tanah dipercayai diurus pihak bukan Islam di ibu negara. Menerusi satu kenyataan, JAWI berkata, siasatan dilakukan bagi memastikan amalan itu tidak mengandungi unsur menyalahi pandangan hukum atau fatwa. Katanya, sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan…

  • Syamsul Yusof kini tarik balik saman terhadap MAIWP, JAWI

    Syamsul Yusof kini tarik balik saman terhadap MAIWP, JAWI

    PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof menarik balik saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis, terhadap pegawai penyiasat dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Menurut laporan Sinar Harian, ia berhubung dakwaan menyebar fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibu pelakon itu, Datin Patimah Ismail.…

  • Syamsul Yusof nak saman jawi RM10 juta

    Syamsul Yusof nak saman jawi RM10 juta

    PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan dia bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjumlah RM10 juta. Menerusi kenyataan yang diberikan kepada media, Syamsul mendakwa pihak Jawi telah memberi maklumat palsu kepada ahli keluarganya sehingga ia mendatangkan fitnah terhadapnya. Bagaimanapun, suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana itu enggan mendedahkan butiran lebih…

  • 20 pondan ditahan di pesta Halloween

    20 pondan ditahan di pesta Halloween

    SERAMAI 20 lelaki berperwatakan wanita yang sedang berhibur sempena pesta Halloween ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah kelab malam di Jalan Sultan, Kuala Lumpur, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan itu dijalankan menerusi Op Bersepadu bermula jam 10 malam bersama JAWI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur…

  • Bekas Ketua Pengarah JAKIM Tokoh Maal Hijrah 1444H

    Bekas Ketua Pengarah JAKIM Tokoh Maal Hijrah 1444H

    BEKAS Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha diumumkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M. Menteri Kanan Hal Ehwal Islam Kemboja Datuk Dr Othsman Hassan pula diumumkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Antarabangsa. Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah Peringkat…

  • Siti Nuramira dibebaskan dengan jaminan JAWI, tak didakwa hari ini

    Siti Nuramira dibebaskan dengan jaminan JAWI, tak didakwa hari ini

    WANITA  tular yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan tidak akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini. Media yang berkumpul sejak jam 8 pagi ini untuk membuat liputan pendakwaan itu, bagaimanapun difahamkan ia tidak akan diteruskan. Ini kerana…

  • Nuramira ditahan JAWI, akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah esok

    Nuramira ditahan JAWI, akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah esok

    WANITA tular yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas dibebaskan hari ini. Siti Nuramira ditahan penguat kuasa JAWI selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya, Ramesh Chandran di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi…

  • Wanita buka tudung, pakaian depan penonton: Jawi jalankan siasatan awal

    Wanita buka tudung, pakaian depan penonton: Jawi jalankan siasatan awal

    JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil maklum berkenaan video tular dipercayai perbuatan menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab sekitar Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini. Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi. Beliau berkata, tindakan boleh diambil mengikut di bawah Akta 559 Akta Kesalahan…

  • Ibadah korban dibenarkan selepas solat sunat Aidiladha

    Ibadah korban dibenarkan selepas solat sunat Aidiladha

    IBADAH korban dibenarkan bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijah dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah 1443H sebelum berakhir waktu Asar. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan itu melibatkan semua masjid dan surau yang berada dalam Wilayah Persekutuan. Katanya, pihak yang akan melaksanakan…

  • JAWI umum kelonggaran baharu SOP di masjid, surau

    JAWI umum kelonggaran baharu SOP di masjid, surau

    JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini memaklumkan beberapa ketetapan baharu berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan berkuat kuasa esok (2 Mei). Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan berkata ketetapan baharu itu bagi menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan…